Trauma!

Mereka merompak "perasaan selamat" saya

 

[ Pihak Polis & Forensik datang menyiasat ]

Selimut saya terbuka! Dibuka! YA Allah seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam “SHHHHHH” katanya. “Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” katanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati, dan menyorok muka juga tubuh saya. Jawab saya dengan yakin “Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas” Yang ada pada saya cuma cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, “Ini saja yang saya ada, cincin nenek saya, nah ambil” balas saya. “Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini memang tiada apa yang dicari. Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju didalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?

Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi. Namun itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati diri ini. Separuh dari diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga,tetapi tinggi dengan nilai jiwa. Cincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu. Dari Scotland ke England kemudian bersama cincin itu juga dia berlayar bersama Leslie James Morgan Wlmot, grandpa saya, ke Australia tatkala perang dunia ke-2. Saya sebenarnya mahu memberinya kepada Amna satu hari nanti ,tapi apakan daya. Memori dan nilai sentimental cincin itu amat tinggi sekali. Tidak apa, kerana memori di dalam diri tidak mungkin dapat mereka curi.

Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal dengan izinNya, memori ngeri ini juga akan terus tersemat dalam diri. Seperti pita video buruk yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya. Adakalanya bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar dengan sendiri. Wajah mereka kini sering mengganggu dan menghantui saya. Saya pasti, ianya mengambil masa untuk di’lupa’kan. Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur seperti dicampurnya rencah di dalam kuali. Namun akhirnya gulai itu sungguh enak sekali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah. Allah mahu membersihkan kami. Musibah demi musibah , membuatkan diri lebih dekat dengan Ilahi, “Syukur Ya Allah” “Alhamdulillah” dan “Innalillah” bermain di bibir sejak pagi tadi.

Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup buat begini? Mencuri demi wang ringgit semata. Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka berkata, “saya tak kacau orang, saya tak kacau orang” dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran keapda mereka “Jangan sentuh isteri saya”, “jangan kacau anak saya”. Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani Imran yang demam, di kamar birunya. Diikat tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika perompak itu berkata “Sini, sini” cuba membuka selimut saya.

Saya berjanji pada diri ,sekiranya orang ini cuba mengapakan saya, saya akan bermatian sehingga nafas terakhir, mempertahankan maruah saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir di dalam badan saya. Rupanya Eka saudara saya dari Aceh yang kini membantu saya ditarik dari kamarnya dibawah keatas dan disuruh bersama saya didalam selimut. Saya memeluknya.

Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya berikan dan letakkan keselamatan diri mereka kepada Allah sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya Allah memelihara mereka, kerana mereka bukan kepunyaan saya, mereka ilik Allah. Saya yakin pasti ada diantara doa saya didengari. Saya pasti! Saya yakin! Tidak lama kemudian terdengar tangisan Imran.

“Imran” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dan Imran terus teresak-esak dalam pelukan saya. “Naughty man, Ummi” kata Imran pada saya. “Dia hit ayah Imran” katanya. “Imran tak de sword, Imran” katanya. Allah, sucinya anak ini. Belum mengerti apa pun. Ini bukan filem atau kartun anakku. Sword Imran tak akan mungkin membantu. Satu ketika dahulu, perompak-perompak ini juga pernah suci dan comel sepertinya. “Ya Allah pelihara anakku” bisik saya dalam hati. Tidak lama selepas itu, Amna dan Azra dengan senyap memasuki cadar saya. Kami bertiga memeluk erat sesama sendiri. Sekali-sekali saya mengusap Eka disebelah saya. Saya harus berani untuk mereka. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk dikaki saya. Alhamdulillah kami semua ada bersama.

Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata “Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia.

 

[ Keadaan bilik selepas di geledah ]

 

Sekali lagi saya menjawab membalas pertanyaan perompak ini, “Saya tak pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas” Ikhwan mengalih perhatiannya kepada laci dihadapan. “Sini banyak barang mahal” tunjuk Ikhwan. Manusia ini menggeledah laci tadi yang sebetulnya cuma termuat aksesori lama. Rantai, gelang kayu, brooch yang dihiasi permata palsu. Ya, saya tidak punya apa! Saya bukan penggemar emas dan intan permata.

Seorang lagi rakannya berhenti dihadapan rak buku kami. Itulah harta saya, buku yang tersusun rapi. Rak demi rak buku didalam kamar. Itulah saja ‘harta saya. Ilmu itu emas bagiku. Tak mungkin perompak ini mengerti! Berdirinya dihadapan rak buku itu, dia seolah keliru. Tidak tahu lagi apa harus dibuat dan kemana harus dituju. Dihampiri rak diatas meja tulis, disitu penuh dengan buku lagi, dengan buku nota yang amat berharga bagi saya, segala nota kuliah, seminar dan persidangan ada disana. Saya yakin tidak akan mereka sentuh sama sekali! Juga tersusun di rak itu Quran-Quran saya. Sampainya dia memegang Quran berwarna hijau muda, Ikhwan berkata “Quran tak nak?” memerli sinis dirinya. Dia Cuma diam.

Ikhwan mula membaca Ayatul-Kursi dengan nada tinggi. Dia menyuruh Ikhwan diam. Mungkin tergetar juga hatinya. Saya mengikut. Al-Falaq menyusul.

“ Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk” Dari bencana makhluk-makhluk yang ia diciptakan” “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk” “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan” “Dan kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya” (Quran, Al-Falaq:1-5)

Saya ,Amna dan Azra membacanya berulang ulang dengan penuh yakin. Akhirnya semua ini milik Allah jua " Ya Allah yang memiliki hati manusia, timbulkanah perasaan gentar dan tidak selesa didalam jiwa mereka " doa saya dalam hati. Saya cuma mampu berserah, dan ketika ini terasa ketawhidan Illahi yang begitu tinggi memuncak di dalam sanubari. Secara tiba-tiba, terdengar motor pak Jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya Benar! Allah SWT.

Air mata saya menitis. Thank you Allah. Kuasa keyakinan itu amat tinggi sekali. Keyakinan bahawa Allah akan bersama orang-orang yang mahu bersamanya. "Ingatlah Aku dan Aku akan mengingatimu" Saya cukup yakin. Janji Allah benar. Ini bukan janji manusia.

Amna masih trauma, sejurus setelah mereka keluar, setelah polis dan jiran bersama kami. Amna terus muntah. Satu reaksi fisiologi yang biasa bagi kanak-kanak yang trauma. Muntahnya hijau, namun lebih hijau lagi emosinya. Saya akan cuba membina keberaniannya kembali. Satu pertanyaan Amna yang membuatkan saya terhenti. “Why did they do that Ummi?”

Saya terdiam. Bagaimana harus saya jawab pada anak kecil ini? Ya benar kita semua dilahirkan fitrahnya suci dari dosa. Jawapan saya pada Amna di artikel seterusnya! Ianya untuk anda fikirkan juga.

Yang masih trauma,

WARDINA

AddThis Social Bookmark Button
 

Semua Komen 

 
0 #93 salamsalam 2012-05-03 15:31
test
Quote
 
 
0 #92 alhamdulillahmiss z 2012-04-02 13:31
Syukur alhamdulillah,p encuri tu tdk mengapa-apakan kak Dina sekluarga

http://misszberceloteh.blogspot.com/
Quote
 
 
0 #91 cahaya y sukar untuk di lafazkan dengan perkataannoorsuriyani binti baharon 2012-03-30 13:15
saya terbaca blogni apabila sorng teman post pada wall facebook sye..sye seperti kak wardina pernah sesat dhulu p sye ingin kmbali tpi tiada y membimbing..n sye bertaktih sendiri mencari chya y telah lame pada lam sanubari ni..selps bce blog kak wrdina..terbit satu chya y sye sndiri susah nk ungkap an...knpa y kak wardina??menggigil sye membaca blog ni..n artikel ni...kak wardina bantu sye??
Quote
 
 
0 #90 Kak....Ain Aziz 2012-03-21 20:08
Kak.... saya menangis apabila baca artikel ini... saya faham perasaan kak Saffiyah dan keluarga kak.... sebab rumah saya juga pernah dimasuki pencuri.... hanya Allah yang Maha Tahu.... Smoga Allah mempermudahkan setiap urusan baik kt... dan menjauhkan kita dari bahaya... semoga Kak Saffiyah dan ahli keluarga serta seluruh muslim yang lain dilindungiNYA.. amin, Salam Sayang, Ain Aziz.
Quote
 
 
0 #89 so touching....SUHANA 2012-03-21 16:34
Assalamualaikum ....
Kak Dina...pertama sekali syukur kepada Allah kerana telah menyelamatkan akak sekeluarga....Pengalaman kak dina ini boleh dijadikan rujukan kita sesama muslim sekiranya berlaku kepada kita pula...tetapi moga dijauhkan oleh Allah....Semoga kita juga selepas ini akan lebih dirahmati oleh Allah SWT dlm apa jua keadaan sekalipun...InsyaAllah...I Love you Lillah...for the sake of Allah(pinjam eh!!!)....
Quote
 
 
0 #88 Your Nightmare Changed MeRefqah 2012-03-07 23:17
Salam my lovely sister, Kak Dina...
Every nite before tidur, Ekah selalu amalkn Doa Pelindung, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falak, Surah An-Nas, AlFatihah n Ayat Kursi... All this because my hubby pernah dirompak during my confinement... I cried reading your dark memory... My first born son named Imran... So I cant imagine perasaan Kak Dina that time... After wut happened to my hubby, Ekah jadi trauma teramat sgt... Now I'm a mother of two... Imran & Intessar... Rasa sangat membantu reading ur story... "Ingatlah Aku dan Aku akan mengingatimu..."... Terasa jauh diri ini dari pandangan Allah... To protect my babies I must first dekatkn diri dengan Allah... Thanx Kak Dina... Really really thank you... Insya Allah, more wonderful things will come your way...
Quote
 
 
+1 #87 subhanALLAHFayyaddhah Al Hafizah 2012-02-28 03:34
Assalamualaikum ...

sungguh ujian itu tarbiah diri yang paling baik untuk lebih dekat denganNYA...dan ALLAH x akan menguji melebihi batasan hambaNYA...moga ianya menjadi wadah dalam mentarbiah diri lebih mengingati hakikat kehidupan sebenar...
anyway, syukran :-) ...perkongsian anda memberi pengalaman kepada yang lain(termasuk diri ini)...tahniah wa takziah.. ;)
Quote
 
 
0 #86 Betapa Hebat Kuasa Allah SWTAnieSyasya Jas 2012-02-26 19:48
Assalamualaikum kak dina..
Sy sgt terharu ble bc crt ni..sesungguhnya Allah mahu mnguji kak dina&keluarga..pasti kak dina insan2 yg kuat kerana itu Allah memberi ujian ini...syukur pd Allah kak dian sekeluarga selamat..berkat keyakinan pd Allah kak dina&anak2 tidak diapa2kan...moga kak dina lebih suksess di dunia&akhirat serta menjadi panduan pd insan2 yg msh lg mencari arah..moga kak dina sekeluarga diberi perlindungan dr Allah dr segala kejahatan&fitnah manusia..
Quote
 
 
0 #85 alhamdulillah...nenek ummi 2012-02-22 20:52
:-)syukur alhamdulillah seluruh keluarga sis dina selamat.. saye da bc article sis sungguh trharu n brbangga krna husband sis mnjaga kehormatan n aurat sis even dlm keadaan mcm mne skalipn..alhamdulillah syukran yarobbi krna menemukan jodoh sis y mampu mnjaga keaiban keluarga nye...alhamdulillah sis... k lh sis saye mohon maaf andai kata2 saye mnguris hati sis saye mintak maaf yew..assalamualaikum ...
Quote
 
 
+1 #84 hikmahd0d0l 2012-02-22 17:12
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah SWT tidak akan menguji diluar kemampuan makhlukNYA.
Quote
 
Your ad here
Your ad here
Pusat Rawatan Al-Abyad
One Heart Creative Solution
By steps to Muslimah
Brotherhood Arts
  • 25
    Dec

    Workshop Twins of Faith
    SISTERS ONLY
    . "Struggling to become a better Muslimah Everyday"

  • 12
    Nov

    Kem Sinergi Keluarga Bahagia bersama Ustaz Hasrizal & Tuan Fazrul

  • 14
    Nov

    Emcee @ PNB

  • 17
    Nov

    Kempen Membaca

Wardina VLog

Saksikan video-video terkini Wardina

Video-video Wardina membicarakan isu-isu mengenai perkembangan diri, anak-anak, keluarga dan lain-lain lagi.

Tonton Video