Perjalanan ke Bumi Anbiya’ – Al-Quds. Kota Suci Baitul Muqadis.(Part 1)Sebelum saya berkongsi lebih banyak gambar dan cerita, saya merasakan ada perlunya kita mengimbas kembali sedikit sejarah dan latar belakang Kota Suci yang perlu kita ambil tahu. Oleh kerana sejarah Kota Suci ini terlalu panjang, saya akan cuba ringkaskan. Segalanya bermula 4000 tahun lalu apabila Nabi Allah Ibrahim a.s berhenti di Canaan di mana anaknya Ismail dan Ishak kemudiannya melahirkan dua generasi Mu’min. Nabi Musa a.s kemudian membawa keturunan Nabi Ishak keluar dari Mesir ke Palestine- atau The Land of Canaan. Dua kurun kemudian Nabi Daud memimpin kaum Bani Israel menjadikan Jerusalem sebagai pusatnya. Nabi Sulaiman kemudiannya mewarisi takhta Nabi Daud dan membina rumah ibadat di kawasan suci ini. Kota ini pernah ditawan dan diperintah oleh terlalu banyak kerajaan dan kuasa – inilah yang menyebabkan bumi As-Syahid ini begitu ‘kaya’ dengan sejarah.
[ Bergambar berhampiran Masjid Al-Aqsa ] Jam 11.20 pagi pada tanggal 5.4.2012 saya buat pertama kali saya dan kumpulan di Malaysia di bawah pimpinan Ustaz Muhammad Amin melepasi sempadan Jordan. Setelah selesai 4 checkpoint, kawalan ketat oleh tentera Israel, kami diberi peluang oleh Allah untuk memasuki dan mencium udara bumi Anbiya’ Al-Quds yang kaya dengan sejarah bukan sahaja para Nabi tetapi juga dikelilingi kota-kota sejarah- disinilah terletaknya salah satu tamadun manusia tertua dunia. Di bumi suci ini, melihat dengan mata kepala saya sendiri tempat para Nabi juga para sahabat lahir dan meninggal benar-benar membuatkan saya menyemak kembali sejarah Islam. Benarlah jauh perjalanan luas pengalaman. Pengalaman seperti ini tidak sama dengan apabila kita cuma mempelajari atau membacanya dari buku. Satu aura menyaluti diri, saya seperti mabuk dirasuk sejarah. Dimana sahaja saya berjalan, ada kesan dan peninggalan sejarah. Udaranya berbeza sekali, udara di kota suci ini berbaur semangat namun dalam masa yang sama ianya ditiup angin kesedihan. Saya menghirupnya dengan dalam berkali-kali. Baunya, bau semangat yang sayu. Setelah menjejakkan kaki ke kota suci ini saya menjadi lebih yakin. Saya lebih memahami sejarah para Anbiya’ - para Nabi Allah Daud, Sulaiman, Lut, Musa, Ishak, Yunus, Ya’kub dan Isa. Saya lebih memahami kisah yang telah disebut didalam panduan hidup iaitu Al-Quran. Sejarah peninggalan ini menjadi bukti untuk saya mengkaji diri dan pemahaman saya sendiri. Banyak muhasabah dan refleksi berlaku sepanjang perjalanan. Mendengar orang lain bercerita tanpa adanya bukti dihadapan mata tidak sama dengan apabila saya dapat merenung tempat-tempat bersejarah ini dengan dua anak mata saya. Walaupun sering diingatkan, secara sahihnya kita tidak tahu samaada ianya 100 peratus tepat. Maka ucapkanlah - Wallahu’alam. Ini bukan sebarang sejarah, sejarah ini ada kena mengena dengan saya. Sejarah ini penting untuk saya sebagai seorang Muslim. It’s VERY important to me, it’s VERY significant to me, and it has a direct impact on me. Minda saya berputar dan bertanya kepada diri, sudahkah saya faham sejarah para nabi dengan sepenuh hati? Sebelum ini, ianya satu cerita yang saya percayai namun kini ianya benar-benar meresap masuk ke dalam jiwa. Maka dikesempatan ini, saya menyeru untuk kita, sempena masih ada peluang dan diberi kesempatan cubalah untuk melawat bumi Anbiya’ Al-Quds untuk memantapkan keimanan dan kepercayaan kita. Marilah kita memenuhi ruangan saf solat di Masjidil Aqsa. Ya saya faham ada yang berkata “tidak mahu pergi “ kerana sesetengah Ulama’ berpendapat sekiranya kita pergi bermakna kita menyokong negara haram Israel. Namun setelah sampai kesana, setelah mendengar rayuan Imam Masjid Al-Aqsa sendiri, saya berpendapat sebaliknya. Siapa lagi yang mahu membeli dan membantu umat Muslim disana kalau bukan kita? Siapa lagi yang mahu memenuhi dan mengimarahkan kawasan Masjid Aqsa kalau bukan kita? Kata Imam nombor satu al-Aqsa merangkap mufti al-Aqsa, Syaikh Yusof Abu Sunainah dipetik dari blog http://www.ustazamin.com/ “Fatwa ulama’ Jerusalem, semua umat Islam perlu datang ke sini, ia selaras dengan hadis Nabi SAW, janganlah bersusah payah melainkan untuk pergi ketiga masjid iaitu masjid al-haram, masjid Nabawi dan Masjid al-Aqsa..” “Umat Islam perlu datang untuk memakmurkan masjid al-Aqsa kerana Yahudi mahu masjid ini kosong, tapi fatwa ini adalah untuk masyarakat Islam bukannya pemimpin mereka” terangnya. ‘Bagi pemimpin negara, saya tidak menggalakkan mereka datang kerana dengan datang ke sini bermakna mereka mengiktiraf negara Israel..”
[ Bersama Imam pertama masjid Aqsa, Syaikh Yusof Abu Sunainah ]
Ketika berjalan dan berdiri di kawasan yang kini milik sepenuhnya orang Yahudi, yang telah dirampasnya dari penduduk asal pada tahun 1967 saya terdengar satu perbualan yang amat menyakitkan hati. Saya mulakan cerita saya di sini…. “Sebenarnya, Al-Aqsa BUKAN milik orang Palestine tetapi memang milik Zion” kata seorang tour guide menerangkan kepada kumpulan pelawat mat salleh dihadapannya. Mereka menganggukkan kepala. Pada tekaan saya tour guide tersebut telah menerangkan bahawa sebelum kedatangan Islam di dalam kawasan Al-Aqsa, kuil Haikal Sulaiman telah dibina. King Solomon atau Nabi Sulaiman sememangnya merupakan seorang pemimpin Bani Israel yang masyhur. Kata tour guide itu lagi, kerana Muhammad datang selepas Nabi Sulaiman maka Al-Aqsa telah dijajah oleh orang Islam, ianya sebenarnya milik mereka , orang Yahudi BUKAN umat Islam. “Aduh hati saya menaham geram. Takkanlah tak tahu Nabi Sulaiman juga merupakan nabi orang Islam?” Hati saya berapi dan marah. Tambahan lagi apabila dia menunjukkan satu terowong di luar Al-Aqsa berhampiran dengan ‘wailing wall’ dimana katanya dengan bangga “Oh itu terowong yang digali, sehingga ke Aqsa, sekiranya ‘terpaksa’ digunakan oleh tentera untuk memasuki al-Aqsa secara paksa” “If they need to enter by force”. Saya menggelengkan kepala, terasa menyesal tidak menegurnya dan berkata …. “Ya Al-Aqsa BUKAN milik orang Palestine atau Arab tapi seluruh umat ISLAM!" “Kamu tidak baca sejarahkah?” Siapa dia yang membawa keadilan, keamanan, kebebasan beragama ke bumi ini, kalau bukan Islam?” Saya cuma mendiamkan diri, cuba mendengar lagi propaganda yang cuba disebarkannya. Lagipun ini kawasan dia, kalau ikut hati saya, mahu saja saya menegurnya, “Please check your facts brother” Teringat pesanan Waleed (tour guide kami,seorang Muslim yang MasyaAllah sangat owesome! Ditambah dengan cerita sejarah dari Ustaz Muhammad Amin..Ya Allah moga Allah membalas jasa Ustaz. Jemput baca blog Ustaz dan perjalanan kami di sini http://www.ustazamin.com/ ) kata Waleed, melawan Yahudi atau musuh adalah dengan memahami cara mereka berfikir. Kita harus melawan mereka dengan akal, memahami bagaimana “minda” mereka berfungsi! Pesannya kepada kami berulang kali. Tahukah anda pembaca semua, siapa dia yang membebaskan kota suci ini? ANDA PERLU TAHU. AJARKAN SEJARAH AQSA PADA ANAK-ANAK KITA. Ya sebelum sampai ke sini, saya juga BUTA. Buta sejarah, yang saya tahu, Palestine dirampas oleh Yahudi. Itu SAHAJA! Saya tahu rakyat Palestine menderita dan Yahudi itu ganas, jahat dan tidak berhati perut. (Namun hakikatnya ada juga Yahudi yang sangat baik hati) Yang saya tahu Bani Israel ini adalah satu kaum yang gemar menentang nabinya. Mereka membunuh, menghalau, dan mencincang dengan kejam nabi demi nabi yang telah diutuskan Allah. Mereka ini satu bangsa yang degil, tidak tahu berterima kasih dan amat kufur dengan nikmat Allah walaupun Allah telah memberi mereka keistimewaan demi keistimewaan. Saya bertanya pada diri mencari jawapan kepada segala apa yang telah bermain difikiran saya selama ini. Saya pergi tanpa banyak persiapan. Namun Allah telah menyusun rapi perancanganNya. Saya percaya kesempatan yang datang ini adalah salah satu episod didalam hidup saya yang telahpun menaikkan kepercayaan dan keimanan saya kepada Allah SWT. Firman Allah didalam Quran, untuk kita pergi berjalan dimuka bumi ini untuk mendapatkan PENGAJARAN. Dan pengajaran itulah yang saya cari. Ziarah ke kota suci ini , membuka mata dan jiwa saya dan InsyaAllah ianya akan menjadikan saya seorang Muslim yang lebih baik lagi. Alhamdulillah saya percaya perjalanan ke Baitul Maqdis ini telah mencapai objektif yang satu itu iaitu untuk melihat sejarah kebesaran Allah, sejarah para rasul yang didalamnya tersemat 1001 pengajaran dan pedoman. Tiada sebab lain melainkan untuk dijadikan pengajaran berguna didalam hidup saya ini. Berderai air mata saya melihat Dome of the Rock atau Masjid Qubbat-Sakhrah yang kubahnya disaluti emas itu dihadapan mata. Menangis saya ketika melihat bangunan Masjidil Aqsa buat pertama kalinya. Sujud saya dilimpahi air mata, inilah dia peninggalan sejarah, memori kehebatan Islam satu ketika dulu. Ya! Al-Aqsa mengingatkan kita tentang kehebatan Islam sewaktu kepimpinan Khalifah Umar Al-Khatab dan seterusnya Salahuddin Al Ayubi diikuti dengan pimpinan Empayar-Empayar Islam yang hebat selepasnya. Namun ianya cuma tinggal memori. Memori yang telah berlalu. Itu sahajalah yang tinggal… cuma memori., kenangan silam. Kerana kini tiada lagi pemimipin sehebat Khalifah Umar ra. Yang merendah diri, beriman, berhati mulia dan memimpin berlandaskan keadilan, kasih sayang dan sifat rahmah yang penuh dengan hikmah. Umar r.a membebaskan Al-Quds dari kekejaman jajahan Byzantine. Umar memasuki kota Al-Quds pada 638 SM dengan berjalan kaki, memakai baju yang penuh tampalan. Perlu kita ingat bahawa Umar memasuki kota Al-Quds TANPA setitis pun tumpahan darah. Umar membawa bersamanya jiwa dan Nur Islam yang telah diajar oleh NAbi Muhammad SAW. Setelah sampai beliau telah diberikan kunci kota Jurusalem oleh pemimpin ketika itu iaitu Sophronios. Umar meminta untuk dibawa ke Al-Aqsa. Dilihatnya Al-Aqsa dipenuhi dengan sampah sarap, dengan tangannya sendiri Umar membuka serban, mula mengutip sampah sarap lalu ditiru oleh pengikutnya.
[ Mimbar khalifah Umar ibn Al-Khatab r.a ]
Itulah dia pemimpin sejati, mengajar pengikutnya melakukan kebaikan. Melakukan kebaikan dengan ikhlas kerana Allah atas dasar tanggungjawab kerana disalut dengan rasa kasih kepada Allah dan agama. Maka Umar dan para sahabat mengangkat sampah sarap berulang alik sehinggalah kawasan Haram As-Syarif itu bersih. Kemudian Umar mendirikan solat disebelah kiri masjid Aqsa yang kini dikenali sebagai Masjid Umar, sebuah mimbar diletakkan tanda ingatan kepada pemimpin ulung ini. Kota Baitul Maqdis menjadi pusat melahirkan Ulama’-Ulama’ dan ilmuwan Muslim. Sekolah, masjid, rumah ibadah dan hospital dibina. Imam Al-Ghazali menulis sebahagian dari Kitab Ihya’ Ulumuddin di sini. Bolehkah kita membesarkan anak-anak kita menjadi sehebat Umar? Saya bertanya soalan ini kepada diri saya sendiri. Bolehkah Imran saya didik dengan sifat seperti Umar? Sesungguhnya dunia Islam memerlukan seorang pemimpn yang bersifat sepertinya. Kota Al-Quds diperintah dengan adil dan aman, Umar memberikan kebebasan beragama kepada sesiapa sahaja. Inilah yang ditulis dan direkodkan dalam perjanjian Umar atau Convenant of Umar. Saya pasti bukan saya sendiri mengidamkan dan menanti munculnya seorang pemimpin seperti Khalifah Umar r.a Namun pada tahun 1099 AD Palestin telah dikuasai dan diceroboh oleh Tentera Salib dari Eropah. Mereka dengan kejamnya membunuh, membakar dan menyiksa orang-orang Islam, Yahudi dan juga sesetengah puak Kristian. Wanita, kanak-kanak dan orang tua dibunuh dengan kejam. Tentera Islam dibunuh didalam kawasan Aqsa setelah dijanjikan tidak akan diapakan. Orang Yahudi dibakar didalam rumah ibadat mereka. 70,000 orang dibunuh tanpa belas kasihan. Diatas Dome of the Rock diletakkan lambang salib dan ditukar kepada nama Temple Domini manakala Al-Aqsa digelar Temple Solomonis. Mereka cuba menghapuskan segala lambang dan simbol Islam. 91 tahun kekejaman dan ketidakadilan berleluasa. 91 tahun umat Islam tidak dapat bersolat dan beribadat didalam Al-Aqsa. Namun pada 2 Oktober 1187 Baitul Maqdis dibebaskan sekali lagi oleh seorang pemimpin Islam yang hebat - Salahuddin Al-Ayubi. Salahuddin memasuki Kota Jurusalem sepertimana Umar memasuki Jerusalem, tanpa pertumpahan darah dan mengakhiri segala kekejaman dan kezaliman. Sekali lagi keamanan dan keadilan dikembalikan! Hakikat kini yang amat pahit untuk ditelan adalah dengan tertubuhnya kerajaan haram Israel dengan penempatan Yahudi di tengah-tengah kawasan yang sepatutnya milik umat Islam. Tetapi sebagaimana yakinnya kita tanah Palestine itu milik kita, orang Yahudi juga percaya bahawa Jurusalem dan tanah Palestine itu mereka yang punya. Mereka benar-benar yakin mereka mempunyai hak keatas tanah suci ini. Mereka percaya bahawa ‘mesiah’ mereka akan turun satu hari nanti. Mereka percaya Al-Aqsa perlu dihapuskan untuk mereka membina Kuil Idaman mereka. Penjajahan ini melambangkan satu perkara, hakikat yang tidak dapat dinafikan iaitu – KELEMAHAN UMAT ISLAM. Kelemahan umat Islam yang sudah diracuni dan dijajah MINDA mereka. Hakikat pemimpin dan diri kita yang berdosa melupakan Allah dan Quran. Hanya apabila kita orang Islam kembali pada ajaran Islam mampu kita mengakhiri apa jua konflik dan membebaskan Palestine. Tinggalkan perkara-perkara lagha dan melalaikan seperti anugerah yang tiada makna, pertandingan nyanyian yang ternyata membazirkan masa dan tenaga, lagu, filem yang cuma merosakkan diri dan minda yang tidak sama sekali membawa kita menjadi seorang Muslim yang baik! Tinggalkanlah sedikit demi sedikit.Kemudian tinggalkanlah sepenuhnya. Hanya apabila kita sedar bahawa menjadi seorang Muslim belum mencukupi tetapi benar-benar mahu dan sedar dalam hati bahawa kita perlu menjadi seorang Mu'min…iaitu, Seorang Mu’min yang penuh dengan adab, ilmu, jujur, berwawasan dan rajin beribadah. Seorang Mu’min yang membawa dan MEMAHAMI Al-Quran juga mengamalkan apa yang ada didalamnya barulah kita mampu mengembalikan kegemilangan Islam. Hakikatnya Islam tertegak dengan dua perkara iaitu 1.Ilmu dan 2. Adab. Islam berkembang apabila orang bukan Islam melihat kehidupan orang Islam yang BIASA. Mereka jujur, amanah, baik pekerti. Ya, kita semua sekarang terlalu LUAR BIASA, itulah masalahnya (baca dengan nada sinis). Maka, marilah jadi Muslim yang ‘normal’, yang biasa, namun ‘biasa’ dengan ajaran Islam yang sepenuhnya di dalam dada. Ya Allah.. sedihnya apabila Quran pun tidak kita endahkan dan baca. Betapa ramai antara kita tidak tahu menahu apa yang tertulis didalamnya. Quran yang diturunkan oleh Rabb kita, bukannya janji atau omongan kosong manusia, peliknya apabila ‘kata’ manusia lebih kita percaya dari janji-janji Allah. Lihatlah, betapa parahnya kita! LYa Allah sedihnya melihat kemunduran Umat Islam kini. Masjid Al-Aqsa ,Baitul Maqdis dan tanah suci Palestine bukan milik orang Palestine semata. Ianya bukan milik orang Arab sahaja , namun ianya milik SEMUA Muslim di seluruh dunia! Apabila umat Islam kembali kepada ajaran Islam seperti mana yang dilakukan oleh Salahuddin Al-Ayubi – beliau bukan bangsa Arab tapi seorang Mu’min yang tahu tanggungjawabnya terhadap kota suci ini barulah Palestine mampu dibebaskan sekali lagi. Janji Allah itu benar, setelah hancurnya orang Yahudi oleh tentera Babylon buat kali pertama yang diketuai oleh King Nebuchadnezzar dan kali kedua oleh tentera Rome, Israel akan akhirnya dimusnahkan sekali lagi buat kali ketiga,namun kali ini oleh tentera Muslim dibawah pimpinan Imam Mahdi. Ayuh! Bersedialah dari sekarang wahai Umat Islam! Masa itu pasti akan tiba. Sudahkah anda bersedia? (Pertanyaan pada diri juga)
[ Kanak-kanak bermain bola di hadapan Qubbat Sakhra (Dome of the Rock) ]
*Sedih dan bergenang air mata tatkala Ikhwan menghantar saya pesanan supaya saya mendoakan agar Imran akan bersama para pahlawan membebaskan Al-Aqsa suatu hari nanti. Berderai air mata ini tanpa henti. Saya rela Ya Allah. Saya mahu dengan sepenuh hati. Semoga Allah makbulkan doa saya ini. Namun saya tahu banyak yang perlu saya perbaiki. Banyak yang saya sendiri perlu usahakan. Semoga Allah akan memberi kami semua (termasuk anda yang membaca) kekuatan untuk mendidik generasi yang akan datang iaitu anak-anak kita sendiri untuk bersama membebaskan Islam di mana saja! (Dan ‘bebas’ tidak semestinya bermaksud berperang dengan senjata semata) Amin! *pesanan akhir dari Imam dan ‘Alim Ulama’ - jauhkan anak-anak sebolehnya dari TV dan teknologi atau game yang tidak berguna, yang hanya membazir masa. Banyakkan membaca buku, Quran dan dekatkan mereka dengan alam semulajadi. Wallahu’alam! Ditulis di Amman Jordan 10.4.2012. Ketika ini ingatan dan semangat saya masih segar kepada Al-Aqsa. Akan bersambung… |






















Semua Komen
Aaaaaaaminnnn....Ya Rabbal Alamin.
truly inspired
I love reading ur words..
"Doaku agar satu hari nanti, diri ini juga smpai ke Al Aqsa..amin.."
dan sungguh menyentuh perasaan.. semoga kita smua para ibu dberikan kekuatan oleh Nya untuk mendidik Putera2 & puteri2 menjadi agen mengembalikan kegemilangan ISLAM.. inshaallah..
p/s rombongan kak Wardina tak singgah ke bumi Mesir skali ke..? boleh melawat kami juga di sini..
Penulisan yang mengetuk pintu hati pembaca untuk dibukan difahami, mata perlu dibuka seluas-luasnya untuk melihat dengan jelas lagi. . .
Pengalaman Puan Wardina meluahkan hakikat seperti apa yang kami dengar dan tahu tetapi belum pernah lagi menjejakkan kaki utk merasai dengan hati,mata dan kepala sendiri.
Namun perkongsian Puan Wardina menambahkan keyakinan atas kebenaran yang sedia kami tahu.
Lalu, berkobar dan bersemangatnya kami untuk meneruskan perjuangan yang telah lama kami lakukan.
Perjuangan kami bukan setakat membebaskan al-Quds, malah menyuburkan kefahaman umat islam yang layu serta lemah dengan dakwah dan tarbiyah lebig giat lagi. . .
Allahu Akbar!!!
Salam dari Moscow,Russia.
Permudahkanlah jalan hamba Mu yang sentiasa berjuang membangunkan semangat ummat.
Aminn ya Rabb..
Stoke-On-Trent, UK.
Sesungguhnya Allah wst menduga hambanya....agar hambanya lebih redha diatas apa yg berlaku & terjadi.........Penulisan yg dibuat benar2 menyentuh hati & naluri, agar mendapat kekuatan & semangat yg jitu untuk bersama2 dgn para pejuang membebaskan bumi Anbiya' InsyaAllah......
saya juga berdoa moga anak2 saya muhammad thaqif dan nur bahyah juga akan menjd 'pejuang islam' yang akan mempertahankan ISlam serta masjid AlAqsa...moga doa2 kita semua akan dimakbulkan...amin..amin..amin...
suatu hari akan ku jejak ke sana...dan memahami merasai segala sejarah yg tersigkap...selama ini hanya membaca sejarah sj, dgn pergi sendiri ke tempat sejarah lg bermakna...secara tidak langsung telah mengmuhasabahka n diri kita nanti ttg dimana tahap kita sbg muslim...moga Allah memakbulkan doa2 dina dan juga kita semua utk menjadi muslim mukmin yg sejati...hanya utk Allah dan Rasul semata2...wallahualam
cuba lihat link ini >>> http://abidfana.com/2009/11/01/bangunan-al-masjid-al-aqsa-yang-sebenarnya/
bantu & perbetulkan fahaman sy...
wassalam..
ikutilah kisah penghinaan terhadap masjid dan ahli khariah kampung baru sedenak oleh pentadbir yang jahil dan zalim di www.karamsingwali.blogspot.com
Agar umat Islam masa kini diberikan taufik hidayah dan kebijaksanaan untuk melahirkan generasi pahlawan Islam yang akan membebaskan Al-Aqsa.
Saya baru sahaja pulang dari Masjidilharam dan Masjid Nabawi, dan amat tersentuh hati dengan artikel ini. Moga Allah swt mengizinkan saya menziarah Masjid Al Aqsa.
jazakallah...perkongsian yg cukup hebat...
**tunggu part 2**
- The Divine Book.
- The Phase 3.
- The Arrivals.
- Solomon Temple.
- Slavery By Consent.
- Yakjuj&Makjuj.
Versi Bahasa Malaysia turut ada...Sekian terima kasih.=)
Sy baru-baru ni berminat nak tahu dgn mndalam sejarah Islam & keturunan Nabi Ibrahim. Bberapa sumber mengatakan Nabi Ibrahim punyai seorang lagi isteri -Qeturah. Keturunan Qeturah nilah musuh sebenar Zionis. Dan Zionis sedang menjejak keturunan ini... Wallahu a'lam..
Quoting Eni:
memang benar...orang yang mereka buru tu memang ada di tengah2 masyarakat kita hanya orang yang ada di beri keistimewaan dapat mengenalinya...wahai penduduk palestin bersyukurlah kepada allah kerana pertolongannya terlalu hampir...
Sememangnya di zaman ini terlalu banyak perkara yang melaghakan kita!!! Ayuh sama-sama kita bangkit.
Syukran, Dina
Terima kasih di atas tulisan pengalaman yang juga memberi pengalaman kepada saya.
Sungguh menarik membaca kisah-kisah pengalaman mereka yang pernah menjejaki di tanah itu.
[harap maklum, saya tidak dibenarkan menulis panjang-panjang di sini, oleh itu izinkan saya menyambung tulisan di sini .. http://www.blog.nik.my/index.php?id=57 ]
Semuga dalam kasih sayang Allah bersama keluarga.
Terima kasih atas catatan ini. Semuga semua orang islam akan tetap berkunjung ke Masjid Al Aqsa dari tahun ke tahun.
Jazakaullah
Alangkah bertuahnya Puan dipilih oleh Allah swt yang diberi kesempatan untuk melalui pengalaman seperti ini. Dikurnia pula kelebihan untuk berkongsi pengalaman melalui penulisan. Catatan puan menyemarakan semangat kami yang membaca. Mudahan Allah memelihara puan dan menyempurnakan segala impian yang murni itu. Amiin.
Blouse Cotton Bersulam
Niat nak menjejak kaki ke Al-Aqsa dah lama tersimpan, Alhamdulillah tahun lepas dapat sampai ke sana. Setuju, sampai sana, otomatik perasaan jadi sayu.. ada sesuatu yg terbuku dalam dada.
Moga dapat ke sana lagi..Insyallah
tersentuh hati saye bace entry ni
trime kasih k.dina coz sudi berkongsi ilmu
Tersentuh sungguh hati saya bila membaca cerita anda. Saya memang ingin sekali menjejakkan kaki kesana tapi belum diizinkan ALLAH SWT lagi. Insyallah.....
RSS feed for comments to this post