ReaksiSalam buat semua pembaca! Ruangan kecil kali ini menyentuh mengenai reaksi umat Islam mengenai penghinaan yang dilakukan oleh pengarah dan penerbit bernama Sam Bacile dalam filem “Innocence of Muslims” yang sebenarnya menurut ramai pihak tidak layak pun digelar sebuah ‘filem’ kerana mutu dan kualiti yang amat rendah. Sam Bacile, lelaki yang telah berjaya ‘menaikkan’ namanya dengan taktik jijik ini berumur 56 tahun dan mengakui bahawa dirinya seorang Yahudi berasal dari Israel. Namun pihak Israel pula mengatakan bahawa tiada rekod nama tersebut dalam simpanan mereka. Siapa pun dia, yang pasti Sam Bacile ini ‘sakit’ dan jahil orangnya. Kejahilan ini ‘dibenarkan’ kerana dilaungkan bahawa “kebebasan bersuara” adalah satu hak. Jadi pada pendapat sesetengah pihak, adalah ‘hak’ Bacile melahirkan filem sedemikian. Kata Bacille dalam satu kenyataannya "Produksi Amerika ini, bukan untuk menyerang umat Islam tetapi untuk menunjukkan ideologi Islam yang membawa kemusnahan.” Kenyataan itu juga pada saya penuh dengan kejahilan, kerana mengaitkan Islam dengan kemusnahan sebenarnya merupakan satu serangan yang nyata kepada Islam. Adab, sensitiviti atau fakta yang salah tidak pun diambil kira. Memanglah ‘kebebasan bersuara’ itu hak semua. Namun, “hak untuk bersuara” pada saya perlu diseiringkan dengan tanggungjawab. Ini juga termasuklah hak menyuarakan bantahan. hak bersuara di Facebook dan twitter misalnya. Bagi manusia normal, yang sihat mindanya, yang berfikir dan terpelajar InsyaAllah kita boleh dan mampu memahami bahawa apa jua kebebasan perlu diiringi dengan satu perkataan yang memberi makna dan kesan yang begitu besar, itulah dia TANGGUNGJAWAB. Bertanggungjawablah dengan segala apa yang dikata, di tweet, di ‘status’kan dan apa jua yang dilakukan kerana semuanya akan diambil kira, semua yang kita lakukan akan meninggalkan kesan dan akan menyebabkan reaksi dari orang lain.
Umat Islam juga perlulah bertanggungjawab dengan reaksi mereka. Hak untuk menunjukkan bantahan, kesedihan dan kemarahan juga perlu dilakukan dengan penuh hikmah dan tanggungjawab. Ya, saya terfikir sendiri, mengapalah begitu mudah umat Islam memasuki ‘umpan’ mereka? Kini dilihat di forum-forum di internet dan beberapa kenyataan di media antarabangsa, termasuklah di rancangan televisyen di barat, banyak perbualan berkisar mengenai kejadian ini. Kemudiannya ada yang menyoal mengenai kesahihan penyataan bahawa ‘Islam itu agama yang membawa mesej keamanan’. “Mana mesej keamanan kamu wahai umat Islam?” tanya sesetangah pihak setelah melihat kejahilan, kebodohon dan keganasan mereka yang menyebabkan kematian empat pegawai US di Libya termasuklah Duta Amerika ke Libiya Christopher Stevens. Filem ini juga dikatakan menyebabkan penunjuk perasaan di Cairo merempuh masuk kedutaan Amerika di Mesir. Persoalan saya, - “Apa yang dapat mereka capai?” Jadilah umat Islam sejahil Sam Bacille. Tidak langsung memikirkan kesan tindakan mereka. (Mungkin juga rusuhan ini sebenarnya bukan hanya disebabkan filem ini, tetapi pada pendapat saya filem ini menjadi pencetus kepada kemarahan yang telah terpendam sekian lama. Banyak faktor lain menyebabkan reaksi umat Islam sebegitu rupa, antaranya adalah kemiskinan, penindasan dan ‘pemikiran’ umat Islam yang tidak panjang disebabkan oleh kurangnya pendidikan. Hakikatnya masih ramai umat Islam terkebelakang dari segi ilmu dan pendidikan) Dan bagi kita di Malaysia pula, ramai yang mahu berdemonstrasi menunjukan bantahan terhadap filem yang pada saya, sepatutnya tidak pun diberi perhatian, saya mahu bertanya, (baiklah berdemo itu hak kita, asalkan dilakukan dengan aman) tapi, kemudian apa? Kemudian setelah berdemo dihadapan kedutaan Amerika yang sudah pun tahu kita marah dan membantah filem tersebut KEMUDIAN apa? Adakah kita puas hati setakat berdemo? Adakah selesai tanggungjawab kita setelah kita berdemo memegang banner dan melaungkan beberapa suara bantahan serta kalimah “Allahuakbar?” Berfikirlah umat Islam. Kemudian apa? Kita marah dengan mereka menghina yang Nabi, namun kita juga sebenarnya ‘menghina’ Nabi dengan tidak mengikuti sunnah dan ajaran baginda. Marahlah juga pada diri kita sendiri. Nabi Muhammad saw tidak menyakiti mereka yang menyakitinya, dilempar dengan batu sehingga luka, dicaci, maki, dihina dan diboikot sehingga lapar sengsara. Apa yang dilakukan oleh Nabi? Membalas dengan doa dan kebaikan. Mengapa kita umat Muhammad berbuat sebaliknya? Pelik juga melihat dunia ini bukan? Begitu marah semuanya apabila pegawai Amerika dibunuh , namun apabila Amerika dan sekutunya menyebabkan lebih banyak kematian iaitu jutaan kematian wanita, kanak-kanak dan manusia tidak bersalah dalam serangan dan ‘jajahan’ mereka di Iraq dan Afganistan ianya tidak pun dibesarkan dan diambil kira. Seolahnya nyawa orang Amerika lebih berharga. Dimana nama ribuan nyawa yang melayang ketika mereka melenyapkan kota Falujah di Iraq misalnya? Itulah hipokrasi dunia dan media. Setiap nyawa itu berharga, samada ianya nyawa orang Amerika atau bukan. Keganasan dan membunuh nyawa yang tidak bersalah tidak boleh diterima sama sekali walau apapun justifikasi.
Saya juga terfikir sendiri, perlukah kita pedulikan si Sam Bacille ini sebenarnya? Kita tahu peribadi baginda Nabi saw bagaimana sebenarnya. Apa kata ambil peluang ini untuk menerangkan dan membaca semula sirah Nabi Muhammad saw? Menakutkan apabila ada diantara remaja yang tidak pernah pun membaca kisah Nabi menonton video ini. Kemudian apa yang mahu dikata? Bagaimana anda mahu membalas penyataan bahawa Nabi BUKANLAH seperti yang digambarkan? Benarkah Nabi mengahwini Aisyah ra ketika umurnya 6 tahun, dan adakah ini penganiyaan kepada Aisyah ra? Bagaimana kita mahu menjawab ketika ditanya oleh rakan bukan Muslim kita mengapa Nabi mempunyai ramai isteri? Lebih baik sekiranya kita melakukan sesuatu yang lebih meninggalkan kesan dari berdemo. Pada saya, lebih baik sekiranya reaksi kita adalah untuk memberi dana kepada mereka yang mempunyai idea menarik untuk melahirkan satu karya atau naskah mengenai kehidupan Nabi yang mempunyai mesej atau nilai universal (banyak buku mengenai Nabi ditulis hanya untuk bacaan umat Islam sahaja). Wujudkan pertandingan di mana orang dari industri seni boleh bergabung dengan mereka dari bidang aliran agama untuk melahirkan karya dan naskah hebat tidak kira filem, teater, dokumentari atau buku. Cukuplah dengan gangster, rempit dan hantu. Ada yang menemplak dan bertanya, “Kita tak boleh buat filem mengenai Nabi kerana kita tak boleh menunjukkan wajah Nabi.” Maka saya menarik nafas sedalamnya, jika kita sudah meletakkan halangan bahawa semuanya ‘tak boleh’, disitulah ‘matinya akal dan kreativiti kita’. Jika umat Islam terdahulu berkata, “Kita tidak boleh melahirkan ‘seni’ kerana kita tak boleh melukis /mengukir muka atau wajah orang seperti orang Greek”, maka tidak lahirlah ‘seni Islam’ yang sangat halus dan indah.
Seni dan senibina Islam sehingga kini diakui keunikannya, tidak mampu ditiru oleh mana-mana tamadun lain. Kerana TIDAK BOLEH melukis figura, maka umat Islam ‘dipaksa’ memikirkan kaedah lain. Seni Islam melahirkan ukiran dan seni geometri, kaligrafi yang sungguh menakjubkan! Ingatlah , halangan sepatutnya membuka ruang untuk kita LEBIH kreatif. Berfikirlah di luar kotak. Kreatiflah jangan cuma reaktif! |





















Semua Komen
brp byk yg kita faham ttg islam sebelum kita berjuang utk islam?
sedih tgk suara2 yg kata berjuang utk melayu sbb islam tp x brp nk islam pun tebiat nya...
(pengalaman)
Would you rather be the 'penembak' atau mencontohi Nabi?
Dear Muslims, Let's Wake Up and do things as per stated in Quran and Hadith .. Let's Do Things with Effort .. We are Weak .. We are Too Weak .. Islam need Us ..
masih ramai umat islam di dunia ini yang masih ambil tahu tentang Nabi Muhammad sehinggakan bermandi peluh untuk 'berdemo'..ini semua agenda yahudi untuk meruntuhkan akhlak umat islam..bagi saya lebih baik kita 'berdemo di dalam masjid beramai-ramai, berdoa kepada Allah agar dilindungi dari tipu daya yahudi yang ingin menghancurkan akhlak umat Nabi Muhammad..manusia yang bernama 'yahudi' ini tidak takut dengan 'demo yang kita lakukan tapi 'yahudi' ini akan takut apabila masjad dan surau2 kita penuh seperti solat jumaat..semoga kita diberikan hidayah dan petunjuk agar dapat menghindari dari tipu daya 'yahudi' ini..insya'allah..
-hope akak baca Assalamualaikum
First of all, thank you for addressing this issue. It's better to address rather than keep quiet or ignore.
One thing to note is, you have mentioned about the result in your article. However in Allah's eyes, it's not the result that matters, it's the sincerity and your intentions. Allah mentions in the Quran and even tells to prophet(s) that it's not their job to worry about the results, their job is to "complete their duty" which is "delivering the message". Allah says that it is He who guides and gives guidance. So the result is not of importance.
As Rasul'Allah has said in his hadith, on the Judgement Day, there will be some prophets with only few followers and there will be some prophets with one, and there will be some prophets with no followers at all. Can you imagine preaching the message of Allah for your entire life and getting no result? Prophets are considered the most successful of human beings.
So we can't judge by the result in this case. Allah also mentions in the Quran and refers to sahabas that have attended the battle of Uhud as "successful" people. But we do know that the Muslims lost in the battle of Uhud. Success in this case is - they were on the right path, they did what they supposed to do, and the rest is up to Allah.
Surely causing havoc and taking innocent lives during demonstrations is not a right thing to do. However, we Muslims have the right to be angry and upset when such things happen. And we do have the right to our peaceful demonstrations.
Looking at the hadiths, we can see that kuffar who have blasphemed our beloved prophet were executed during the life of our prophet and he has given permission to do so. Ref http://www.quranexplorer.com/Hadith/English/Hadith/bukhari/005.059.369.html Ka'b bin Al-Ashraf was a jewish poet who used to write and recite poems ridiculing and blaspheming our prophet.
Islam itu akan kuat sekiranya umatnya memenuhi masjid di setiap waktu solat terutama solat Subuh.
Unfortunately many of our ulamas now prefer to keep silent and instead of at least teach us the shariah and what are the rulings in these cases, they all rather choose to condemn the muslims who have came out to the streets to demonstrate this filthy movie maker! Dunya and worldly matters are more important to them, unfortunately.
I hope that there will be some scholars who will address this situation in a frank manner and teach the Muslims what needs to be done and what needs to be avoided.
May Allah SWT gives us all good judgement and keep us on the right path. Amin.
Ref: http://en.wikipedia.org/wiki/Expedition_of_'Abdullah_ibn_'Atik
Ref: http://en.wikipedia.org/wiki/Ka%27b_ibn_al-Ashraf
Secara peribadi sy sentiasa mengikuti perkembangan n kegiatan dhwah kak dina...semoga ALLAH memberkati n melimpahkn rahmatnya buat akk n sahabat y len..amin...
jika tiada seorang pun umat islam,apabila nabi saw dihina, hanya buat seperti tak tau, jgn nanti di padang masyar akan ditanya, apakah yg kamu buat apabila nabi kamu dihina?...sy faham maksud artikel ini, tp bg sy, tidak salah untuk berdemo, ini juga salah satu untuk mempertahankan islam..
jika ingin menegur, tegurlah dgn tangan, jika tak mampu, tegurlah dgn mulut, jika tak mampu, cukuplah dgn hati..
maknanya, ada di kalangan kita yg mampu untuk menegur dgn tangan, ada yg mampu untuk menegur dgn mulut shj, dan yg paling lemah, hanya dgn hati..
kita tak tau kesan berdemo ini skarang, tp lambat laun pasti ada kesannya untuk memberitahu kpd dunia, umat Islam Pasti akan bangkit dan bersatu sekiranya agama/ nabi kita dipermainkan dgn mudahnya!
...wallahualam
Kita b'susah payah b'demo dgn banner dan laungan sebegitu, sedangkan ada demo yg lebih tenang damai selesa ttp amat menakutkan musuh Islam... Ya, solat bjemaah d surau dan masjid... Jika tidak 5 waktu sekurang-kurangnya Isyak dan Subuh atau jika masih tidak, cukup dengan SOLAT JAMAAH SUBUH....
Ayuh semua,hidupkan kembali SOLAT BERJAMAAH nescaya akan gentar dan hancur musuh Islam
Antara akal dan emosi
Umpama belajar ada peperiksaan, tidak di rotan terlupa kecuaian. Sentiasa sihat terlupa nikmat kesihatan. Sentiasa senang terlupa nikmat bersyukur. (",)v
http://groping-light.blogspot.com/2012/09/perlu-ke-sakit-hati.html
Terima kasih pada Wardina atas catatan.
Saya pun berfikiran sama dgn Wardina. Kenapa perlu membuat rusuhan, demonstrasi atas sbb marah dgn filem tersebut.
Kalau kita mengaku yang kita sayangkan Nabi SAW, apa perlu kita buat adalah berkenalan dgn insan istimewa ini dahulu. Bagaimana perwatakannya, akhlaknya, fizikalnya, salasiah keluarganya dan keluarganya. Keraplah selawat ke atas Nabi SAW.
Dari situ kita akan suka nak mempelajari Sunnah-sunnahnya dan akan sendiri memaplikasikan sunnahnnya dalam kehidupan kita. Dan dgn sendirinya, ia akan mengubah persepsi kita tentang Islam.
Demonstrasi hanya bersifat sementara. Tapi memaplikasikan sunnah Nabi SAW, megikut ajaran Nabi SAW dan memahami apa itu Islam akan mengajar/menawan dunia.
Dalam saya menyokong buah fikiran cikpuan Wardina, saya tidak pula membantah aktiviti demo yang dilakukan di seluruh dunia islam sekarang. Pada saya, keupayaan kita berbeza bergantung pada kemudahan yanng kita ada. Pada cikpuan yang pandai menulis dan mempunyai pengikut, lain caranya. Pada mereka di jalanan seperti di Palestin dan kebanyakan negara islam yang miskin, lain pula caranya. Anak yang dibuli oleh rakan sebaya, akan disuruh stand up to defense himself begitu juga yang berlaku pada semua umat islam yang lemah. Hanya itu sahaja yang terfikir oleh mereka. Mana perginya mereka yang perkasa?
RSS feed for comments to this post