Persepsi - Awas! Ianya memakan diri!

Salam diucapkan buat pembaca semua. Kali ini saya ingin mengetegahkan, satu perkara yang sering bermain di fikiran saya sejak kebelakangan ini. Kebetulan di Universiti juga, saya sedang mengikuti matapelajaran “Teori dan Pengurusan Konflik”. Di dalam subjek “Teori dan Pengurusan Konflik “ ini, saya belajar mengenai bagaimana kebanyakan konflik (perselisihan faham) yang berlaku disekeliling kita bermula dari - perbezaan manusia yang sebenarnya saling memerlukan. Berselisih faham memang tidak dapat dielakkan selagi mana manusia berinteraksi dengan manusia yang lain. Untuk konflik terjadi, manusia perlu berhubungan. Dan oleh kerana manusia semestinya akan sentiasa berhubungan maka konflik berlaku dan tidak dapat dielakkan..

Kita semua pernah melihat konflik, pergaduhan, perselisihan faham bukan? Ada di mana-mana dari perkara yang paling kecil sehinggalah konflik yang lebih besar yang melibatkan negara-negara dunia yang akhirnya mencari jalan penyelesaian melalui peperangan. Seolahnya berperang akan menyelesaikan masalah. Kita pernah melihat perselisihan faham diantara ibu dan ayah misalnya , atau abang dan adik, paling tidak diantara rakan dengan rakan yang lain. Selagi mana adanya manusia, maka konflik pasti akan terjadi. Persoalannya, bagaimanakah kita harus menguruskan perbezaan-perbezaan manusia dan konflik?

 

 

Salah satu punca utama perselisishan faham, konflik atau pergaduhan adalah kerana perbezaan cara berfikir atau ‘persepsi’ antara satu individu dengan satu individu yang lain .Satu hari, saya sedang berbual dengan seorang rakan, katanya “Ish, apalah si Lina tu, kenapa tanya soalan macam tu, macam tak patut je…” Saya terdiam, kerana saya merasakan soalan Lina itu tidak ada salahnya. Saya menjawab “Rasanya soalan dia ok, tak ada masalah apa pun” Rakan saya membalas semula “Kalau aku, aku tak tanya soalan tu, aku rasa dia tu mengada-ngada je lebih”. Saya menjawab sekali lagi “Itu kan, ‘kalau’ kamu, tapi Lina bukan kamu dan saya rasa soalan Lina memang patut ditanya dan cara dia bertanya juga bukannya biadap atau mengada” Wajah kawan saya tadi, masam mencuka.

Perbezaan pendapat. Contoh itu merupakan satu contoh yang kecil saja adik-adik. Cuba perhatikan disekeliling kita bagaimana perbezaan pendapat menimbulkan sengketa antara manusia. Cuba lihat bagaimana konflik diantara Israel dan Palestin masih belum mampu diselesaikan. Dengan kecanggihan teknologi kini, saya melihat dan juga pernah mengalami sendiri konflik yang berlaku di alam maya. Ya banyak sekali! Masing-masing mahu menegakkan hujah dan pendapat di ruangan forum , Facebook dan dan seumpamanya. Satu status FB yang diupdate mungkin disalah erti oleh seorang lagi rakan yang kemudiannya akan berkecil hati dan seterusnya akan delete kita dari friendlist mereka, maka selepas itu berlakulah pergaduhan.

Kadangkala saya lihat dua pihak yang tidak pun mengenali, berlawan kata seolahnya mahu menang piala debat. Apa yang kita dapat? Perlukah kita membazir tenaga dan masa menegakkan hujah, membalas tanpa henti walhal hakikatnya orang tersebut tidak akan berganjak pun dari pendiriannya walau apa pun yang kita ‘tulis’ atau katakan? Ingat pesanan ini - TIDAK PERLU BERLAWAN HUJAH DI ALAM MAYA. IANYA MEMBAZIR MASA. Minta maaf sekiranya kita menyinggung perasaan orang lain, delete status yang mungkin sensitif dan JANGAN panjangkan sengketa. Orang yang terlebih emosi di alam maya menunjukkan sikap yang kurang matang dan tidak berapa bijak. Pembaca tersayang, kita tidak perlu begitu. Biarlah kita beradab, berakhlak, matang dan tenang.

Ingatlah tiga cara mudah untuk menguruskan konflik :- 1) Mengubah orang lain.2) Mengubah keadaan 3) Mengubah diri sendiri. Jujurnya, yang manakah lebih realistik? Mengubah orang lain? JANGAN dan USAHLAH bermimpi. Kita tidak mampu mengubah manusia lain melainkan dia sendiri mahu berubah. Mengubah keadaan? Agak sukar namun masih boleh sekiranya kedua pihak rasional dan matang. Namun pilihan yang ketigalah yang selalunya lebih wajar dilakukan. Ubahlah diri sendiri. Ubahlah cara kita melihat keadaan, sikap, pemikiran dan ‘persepsi’ kita.

Berbalik kepada “persepsi”. Persepsi ini pembaca sekalian, jika tidak diuruskan dengan bijak ,akan membawa 1001 masalah. Ini adalah kerana persepsi kita ini kadangkala TIDAK betul sama sekali. Persepsi boleh jadi cuma anggapan dan tanggapan tidak tepat mengenai orang lain, tetapi oleh kerana kita ni beriya-iya mempercayai dan mengiakan persepsi yang dibuat sendiri dalam minda kita ini maka timbullah bermacam pergaduhan, permusuhan dan pelbagai konflik yang lain.

Apa itu persepsi sebenarnya? Persepsi diambil dari perkataan bahasa Inggeris “perception”, ianya satu proses dimana kita memilih, menyusun dan membuat kesimpulan mengenai perkara-perkara yang berlaku disekeliling kita. Persepsi berbeza dengan cuma ‘melihat’. Apabila melihat tidak ada proses pemikiran berlaku. Pernah tak kita terdengar perbualan yang berbunyi “Alah, itu persepsi engkau, bukannya betul pun” Ya, perlu kita ingat bahawa persepsi kita kadangkala TIDAK betul! Tidak semua orang melihat sesuatu itu dari kaca mata yang serupa. Kita MEMILIH untuk melihat apa yang kita MAHU lihat berdasarkan pengalaman. Personaliti kita yang berbeza-beza, budaya yang pelbagai, sikap yang berlainan, juga keadaan semasa akan mempengaruhi persepsi kita.

 

[ Apa persepsi kita pada gambar ini? ]

 

Adakalanya konflik boleh bermula dari hanya PERSEPSI manusia. Berhati-hatilah dengan persepsi kita. Kita perlu nilaikan kembali apa yang berlegar dalam minda kita. Ada kemungkinan kita boleh salah. Saya mahu kongsikan satu ayat di dalam Quran yang dibacakan oleh guru saya yang akhirnya melekat dalam kepala ini, kerana ayat ini memberikan peringatan buat kita dan saya yang kadangkala cukup gemar mencari kesalahan orang lain. Allah berfirman dalam Al-Quran dalam surah Al-Hujurat ayat ke-12.

Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah seseorang antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati?Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya.Dan bertakwalah kepada Allah.Sesungguhnya Allah adalah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. ( Al-Hujurat :12 )

Manusia gemar membuat andaian mengenai ‘niat’ dan sikap orang lain. Kita juga sering membandingkan orang lain dengan diri kita sendiri. Kita menilai sikap orang lain dengan memberi ‘sebab’ mengapa mereka berkelakuan sedemikian. Sebetulnya banyak penilaian kita ini salah. Manusia ini berbeza dan tidak semua perlu melakukan sesuatu perkara seperti kita. Hormati perbezaan dari segi personaliti, cara berfikir, budaya dan lain-lain sikap manusia. Sebagai seorang Muslim, seharusnya ada satu titik yang menyatukan kita semua. Itulah aqidah tauhid, mengikuti ajaran Quran dan sunnah. Namun begitu ,seperti mana yang kita lihat, ‘cara’ manusia mengamalkan dan memberi interpretasi kepada ayat Quran dan juga sunnah juga berbeza. Maka berlapanglah dada menerima perbezaan. Itulah tanda orang yang matang. Tidak semua PERLU seperti kita. :) Wallahualam.

 

-WARDINA-

AddThis Social Bookmark Button
 

Semua Komen  

 
+2 # >_Aziana Binti M. Bahrim 2012-07-05 14:36
:-) alhamdulillah..sy sgt terkesan dgn tulisan kak dina berkaitan isu di atas..sekarang sy sedang berhadapan dgn konflik bersama teman serumah sy..n bila sy fikirkn semula..persepsi sendiri dari diri sy dan dia yg tdk semestinya betul adalah punca konflik tersebut terus2 berpanjangan..akhirnya masing2 bawa haluan..mungkin sy ambil langkah yg tersilap sebab sy ignore perkara ini..sebab lama2 sy malas nk fikirkan..cuma apa yg sy buat adalah..sy minta maaf utk semua kesalahan sy pd dia..n sy buat hal sy sendiri..n sy sudah jarang berkomunikasi dgn beliau..cuma bercakap hal yg penting..n sy sentiasa bersangka baik pd dia walaupun sy kurang berkomunikasi dgn dia utk masa skrng...tp sy akan cuba utk baiki keadaan ini agar jd seperti sediakala..terima kasih kak dina.. >_<
Quote
 
 
0 # RE: Persepsi - Awas! Ianya memakan diri!mujahidah1413h 2012-07-05 14:45
:-) alhamdulillah ,,nice keep it up sis dina, barakillahufik. jazakallahu khairan jaza'
Quote
 
 
0 # Itu ini Begitu Beginihafiz 2012-07-05 15:34
Itu ini begitu begini

http://youtu.be/2UxujMt23qo

Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta

Lirik dari Mirwana feat Altimet
Quote
 
 
0 # persepsifauzie 2012-07-05 17:01
husnu zhon saja ape yg dilakukan oleh manusia disekeliling kita.
kita tak tahu apa2 melainkan Allah yg maha mengetahui segalanya.
Quote
 
 
+1 # setujuk. jun 2012-07-05 21:28
persepsi berbeza mmg buat kita matang. dpt tambah ilmu. lihat saja para sahabat satu hari apabila Rasulullah mengarahkan sahabt berjalan menuju kesatu tempat dan setelah sampai disana tunaikan solat asar. di pertengahan jln sahabt berselisih pendapat. satu kump. kata kita wajib solat sebab asar dah nak habis, kita tak sempat sampai, satu kump lain ckp, kita teruskan sahaja sebab kalau tak sempat kita Qadha solat sb Rasul yg suruh kita tuju tmpt itu. sampai di hadapan Rasulullah mereka bertanya apa yg telah mereka selisihkan dan mana yg benar. Rasul bersabda kedua-dua benar. yg penting semua solat. JADI DI MANA-MANA TETAP ADA PERSEPSI BERBEZA. YG PNTING URUSLAH HATI KITA SENDIRI. Good Luck Dina.
Quote
 
 
+1 # RE: Persepsi - Awas! Ianya memakan diri!normaliza 2012-07-05 23:28
alhamdulillah... saya perlu buat sesuatu agar hub ant. rakan sekerja bertambah baik :)
Quote
 
 
0 # Perceptionena 2012-07-06 01:16
;) "Perception" boleh menyebabkan seseorang itu kuat atau pun lemah..setiap perkara, gerak hati dan keadaan telah ditentukan Allah...
Hanya ilmu dan agama yg dapat menentukan arah jalan yg kita pilih...

jika ilmu Allah yg kita cari dan meletakkan sepenuh pemahaman kita, InsyaAllah dgn rasa rendah diri nyer dapat berfikir siapa kah kita untuk menilai seseorang tue sedangkan kelebihan dan kekurangan kta pun Allah yg cipta dan tentukan...inikan kita nak menilai org lain..
Quote
 
 
0 # Perceptionena 2012-07-06 01:17
;-)

-"Kita tidak selayaknyer dan tidak seharusnyer mempergunakan akal kita ataupun memaksa akal kita bagi mengkaji dan mencari jawapannya kerana Allah yang Maha Pencipta manusia sendiri tidak pun membayangkan keharusan akal dalam mengharunginya.

Kesimpulannya, walaupun manusia dicipta daripada unsur yang berbeza dan bercanggah tetapi dengan kekuasaan Allah yang memiliki unsur-unsur dan undang-undangnya mencantumkan smua unsur dalam satu bentuk kejadian yang dinamakan manusia. Kegiatan semua unsur ini hanya dapat melukiskan 'ciptaan seni' hidup yang indah dan bernilai sekiranya berpandukan acuan yang ditentukan oleh Maha penciptanya. Tanpa panduan dan formula atau kaedah2 yang ditetapkan oleh Allah maka sudah pasti akan melahirkan lukisan hidupyang tidak berseni dan bernilai bagi mengisi tamadun manusia"..(Dato Dr. Haron Din)

Wallahualam...
Quote
 
 
0 # Perceptioncahaya hidupku 2012-08-04 23:09
saya suka :)

Saya suka lagi apabila membaca buku Dimana Dia Dihatiku....setiap manusia itu unik..dan antara kita saling memerlukan :)
Quote
 
  • 25
    Dec

    Workshop Twins of Faith
    SISTERS ONLY
    . "Struggling to become a better Muslimah Everyday"

  • 12
    Nov

    Kem Sinergi Keluarga Bahagia bersama Ustaz Hasrizal & Tuan Fazrul

  • 14
    Nov

    Emcee @ PNB

  • 17
    Nov

    Kempen Membaca

Wardina VLog

Saksikan video-video terkini Wardina

Video-video Wardina membicarakan isu-isu mengenai perkembangan diri, anak-anak, keluarga dan lain-lain lagi.

Tonton Video