Identiti VirtualKita semua membina personaliti dan identiti diri yang tersendiri dan unik berdasarkan bagaimana kita dibesarkan, persekitaran dan pengalaman. Identiti diri ini hakikatnya ‘dibentuk’ dan dibina. Cara kita melihat diri berubah dengan masa, kita akan sering ‘modify’ identiti ini sama ada anda perasaan atau tidak . Kita selalu mengubah diri, cara, kelakuan, pemikiran untuk bergerak ke satu arah iaitu menuju destinasi “ideal self” atau “diri ideal”. Kita semua mencari ruang dan peluang untuk membina diri yang paling ideal dan sempurna mengikut percaturan dan gambaran kita sendiri. Gambaran ini adalah satu gambaran mental yang menjadikan kita berinspirasi untuk hidup. Membentuk identiti mengikut pakar merupakan satu ‘proses’ , dan proses ini adalah satu proses yang panjang, kadang kala ianya merunsingkan dan membuat kita celaru. Ramai anak muda khususnya, kata pakar lagi melalui satu proses “identity crisis”. Identiti diri banyak dipengaruhi oleh hubungan sesama manusia. “Relationship influences identity”. Hubungan kita dengan orang lain akan mempengaruhi identiti diri kita. Ya, perhubungan dengan manusia lain AMAT penting. Namun pakar Barat lupa bahawa ada yang lebih penting iaitu hubungan yang dibina dengan Allah SWT. Manusia yang kurang membina hubungan dengan Tuhan lebih mudah celaru kerana terlalu bergantung kepada hubungannya dengan manusia lain. Tanggungjawab setiap manusia yang pertama adalah untuk membina hubunganNya dengan Allah terlebih dahulu. Namun begitu, mahu tidak mahu, perlu ditekankan lagi dan lagi bahawa rakan-rakan, guru, ibu bapa, dan persekitaran merupakan antara faktor penting dalam pembentukan jati diri seseorang. Jika anda ingin tahu siapa diri kita di masa 5 tahun akan datang, maka lihatlah dengan siapa kita berkawan. Jika kita berkawan dengan orang yang baik maka kita akan secara automatik kita akan “mengubah” diri untuk menjadi baik dan begitu juga sebaliknya. Ada yang berkawan dengan mereka yang merokok , maka secara nalurinya kita akan mengubah perasaan dan diri untuk mencuba mengisap rokok, melainkan kita sudah ada identiti diri yang kuat dan mampu berkata tidak. Masalahnya adalah, sewaktu remaja, kita belum ada satu identiti yang kukuh kerana masih dalam proses pencarian. Banyak teori mengenai pembentukan identiti diri telah pun diketengahkan oleh pakar-pakar psikologi. Dan bukan niat saya pun mahu mengupas satu persatu daripada teori ini .
[ Siapa diri anda sebenar? ] Cuma kali ini ingin saya menyentuh mengenai identiti di abad ke 21 yang lebih kompleks dengan terbentuknya identiti virtual. Iaitu identiti seseorang di alam maya. Ada satu ayat lucu yang pernah saya baca. Katanya dengan sinis “Diharapkan hidup anda sehebat bagaimana anda paparkannya di dalam FB”. Ianya menggambarkan bahawa sebenarnya apa yang kita post, paste, update dan sebagainya kadangkala atau selalunya TIDAK pun menggambarkan kehidupan kita yang sebenarnya. Kita berusaha membina satu identiti di alam maya yang lebih ‘ideal’ dari siapa kita di alam nyata. Bagaimana identiti tercipta? Sudah pun saya sentuh tadi ianya tercipta dengan melalui ‘proses’, bukan sekelip mata, namun ianya perlukan usaha - pencarian, persoalan, pengalaman, kepercayaan, matlamat dan terbentuk dengan perhubungan sesama manusia. Mungkin tidak menjadi masalah sekiranya identiti kita di alam maya sama dengan siapa kita sebenarnya di alam nyata. Tetapi kajian psikologi menunjukan satu trend yang membimbangkan dimana ramai diantara manusia memilih untuk mengasingkan diri dan membina satu identiti baru yang amat BERBEZA dari siapa dia sebenarnya. Mereka lebih ‘ramai’ kawan di alam siber namun mereka sebenarnya ‘sendiri’ di alam nyata. Timbullah satu ‘ketagihan’ yang baru kerana respon yang diberikan oleh orang lain terhadap dirinya yang ‘ideal’ , yang dicipta olehnya positif dan baik. Respon positif ini menyebabkan mereka merasa lebih ‘disukai’ dan ‘diterima’ di alam maya. Ini memberi makan kepada ego seseorang. Mereka mendapat “instant gratification’ atau ‘kepuasan pantas’. Maka sekiranya mereka tidak mendapat kepuasan, sokongan emosi dan penerimaan orang lain di alam nyata mereka akan lebih selesa beralih ke alam maya. When you don’t get it in real life you go online. Pakar psikologi di US memberikan satu istilah baru iaitu FAD Facebook Addiction Disorder kepada jutaan pengguna FB. Dijangkakan lebih 350 juta pengguna FB sudah dikategorikan sebagai ‘ketagih’. Fenomena baru yang membimbangkan ini terlepas pandang oleh seseteangah pihak kerana tiada pun persiapan untuk merawat dan mengenali FAD ini. Adakah anda salah seorang daripadanya? Ramai juga yang memilih untuk menyorok identiti sebenar diri mereka dengan gambar dan nickname palsu. Maka ini, secara tidak langsung ,mengundang sifat “lebih berani” untuk mengeluarkan kenyataan yang kurang sopan, mereka ‘tunjuk hebat’ dengan mentertawakan orang lain, mengejek dan menjadi tidak berperi kemanusian. Kerana apa? Kerana mereka tiada rasa “tanggungjawab” atau accountability terhadap apa yang mereka luahkan dan katakan. Dan ini para pembaca, adalah satu penyakit. ‘Kebebasan’ yang mereka dapat dengan ‘bersembunyi’ membuatkan mereka rasa ‘selamat’ dan hebat. Hakikatnya jika di alam nyata mereka tidak akan berani pun bersuara sebegitu rupa.
[ 2 watak yang berbeza ] Adakah ini bahaya? Ya, semestinya. Kita perlu mengambil isu identiti virtual ini secara serius. Ramai yang sebenarnya bercelaru, ianya mengganggu kehidupan seharian mereka apatah lagi jika mereka menjadi ketagih dengan identiti virtual mereka. Ada beberapa kes kronik yang menyebabkan seorang lelaki yang terlalu obsess dengan identiti dirinya di alam maya sehinggakan iainya menggangu gambaran mengenai dirinya sendiri, di alam maya dia bebas berkata, sehingga terbawa di alam nyata. Di dalam mindanya walaupun fizikalnya berada di alam nyata mindanya sering berlegar di alam maya. Ini mengganggu cara dia bergaul dengan orang lain sehinggakan dia terpaksa dirujuk kepada pakar psikatri. Belum lagi kita bicara kes ‘bercinta’ di alam maya. Dimana rumahtangga musnah dan punah kerana perasaan dan hubungan palsu yang dibina. Apabila setiap saat kita perlu check status update dan melihat apa response orang lain, tanda ‘bahaya’ itu sudah ada. Hakikatnya kehidupan kita sebenarnya adalah di alam nyata bukan di alam maya. Sekiranya personaliti yang kita tampilkan amat berbeza di alam maya maka perlu kita lakukan sedikit refleksi. Untuk apa kita buat itu semua? Kajian mendapati mereka yang lebih gemar menghabiskan masa di alam maya sebenarnya adalah mereka yang mempunyai masalah dalam hubungan sosial mereka di alam nyata. Identiti diri yang sihat terbentuk dengan proses sosialisasi yang berlaku melalui persekitaran – the environment – di alam nyata. Di sinilah kita belajar mengenai norma, adab dan nilai dengan penuh rasa tanggungjawab. Terlalu lama di alam maya, menggunakan nickname yang palsu hanya akan memakan diri dan minda. Pakar neuroscientist berpendapat bahawa, otak atau minda manusia di abad berikutnya akan berubah sama sekali. “Most people spend at least two hours a day in front of the computer, and living this way will result in minds very different from those of past generation” Kata pakar lagi, minda anak-anak perlu dipelihara kerana terlalu banyak kehidupan virtual akan mengubah cara minda kita berfungsi. Petikan dari artikel “How Facebook addiction is damaging your child’s brain: A leading neuroscientist’s chilling warning”
Usah terpedaya, hebat di alam maya tidak bermakna hebat di alam nyata. Antara lain-lain kesan buruk yang boleh berlaku apabila teralu lama di alam maya adalah kurangnya sifat EMPATI dalam diri manusia. Sifat empati tidak boleh terbentuk di alam maya. Sifat empati terbentuk apabila berhubungan dengan manusia. Kita tidak dapat ‘merasa’ dan melihat emosi orag lain, semuanya bedasarkan andaian kita sahaja. Kita tidak dapat melihat body language seseorang apabila ‘berhubung’ melalui skrin komputer. Maka lahirlah manusia yang kurang memberi perhatian kepada nilai empati dan penuh dengan persepsi. Sedangkan empati adalah sikap yang amat kritikal yang perlu dibentuk dalam diri mana-mana individu. Akhir kata pesan guru saya - “Disconnect to connect” |





















Semua Komen
x bape setuju dgn statement nie. bukan semua yg x letak gambar dan nickname palsu itu bertujuan utk sorok identiti. tapi lebih kepada privacy. sy sendiri x letak gambar di profile. begitu juga bkn nama sebenar. tp friendlist dlm fb adalah rakan² yg dikenali. sy sendiri pun bkn jenis approve sape2 yg add. hanya approve kawan yg dikenali saja. bagi saya dalam dunia maya nie kita tak boleh terlalu menonjol, tak perlu tlalu jujur. kalau nak menonjol atau jujur, biar secara realiti. bukan nak sorok identiti, tapi lebih kepada menjaga privasi. tapi tak dinafikan ada yang salah guna media sosial seperti fb, tapi bukan semua orang mcm itu tmasuk sy sendiri
Apa pun, pada pendapat saya, di mana pun kita meletakkan diri kita; hubungan, keyakinan dan keimanan kita kepada ALLAH SWT lah yang menentukan arah dan hala tuju hidup kita. Seseorang yang meletakkan ALLAH SWT sebagai matlamat, insyaALLAH tidak akan tersasar selama mana dia memegang kuat matlamat itu.
Kita cuma perlu memastikan, di alam maya atau alam realiti, apa sahaja yang kita tulis, kata atau buat menjadi 'ibadah. WALLAHU a'lam.
Successfully done!!. Already realize my obsession towards fb, but don't have the power to take an action.
Time wasting... And sometimes build negative thingking, and kind of demotIvative.
thx for sharing this god article..saya pernah lah dulu gila fb, but now tidak lagi..akaun fb masih ada tp tidaklah sentiasa check kecuali kalau bosan sgt la..saya setuju bhw tak semua yg dipaparkan di fb tu benar tntg diir seseorang.kdg2 mereka hanya 'tunjuk baik' hakikatnya kita yg mengenali dirinya di alam realiti tahu perangai sebenarnya..tetapi tak semua begitu..sy juga sering update status mengenai sesuatu ilmu yg sy dpt melalui pembacaan dan dikongsi bersama dgn niat utk menyebarkan ilmu dan berdakwah.apa pun pd pendapat sy status,penulisa n di blog adalah bergantung kpd niat seseorang tntg apakah tujuan dia menulis.
identiti palsu yang kononnya dia seorang yang baik serba serba, sering menasihati orang lain tapi sebenarnya "cakap tak serupa bikin", mengingatkan orang lain itu ini tapi dia pun tak solat mana tak nya kalau 24 jam kalau boleh nak duk depan pc tu sj, ada je update itu ini, tak bersembang kah dia dengan anak-anak dan pasangan. tak peduli ke dia sampah dah buang, ada bahan nak di masak, baju dijemuran dah di angkat ke belum. lebih teruk lagi boleh dikira berapa patah perkataan yg keluar bila bercakap dengan pasangan. tidur pun masuk asing-asing, macam tu juga bila makan asyik belek je notification dan status yg di post orang lain. mula lah keluar blind date jumpa skandal,bila dah terkantoi dengan profile palsu tu berskandal sana sini,rumahtangg a pun bergolak. jadi beringatlah semua terlalu gian dengan fb ni. sekian.
RSS feed for comments to this post