Oh Cinta~

Hadirlah cinta dalam hidupku. Masalahnya cinta memang sudah ada dalam hidup mu. Kamu dilahirkan kerana cinta. Kamu dicipta kerana cinta. Kamu hidup kerana cinta. Kamu bernafas kerana cinta. Kamu makan kerana cinta. Cinta Yang Maha Mengasihi yang paling Menyintai. Dengan segala dosa yang kita ulang kali lakukan namun masih diberi nikmat untuk makan, minum dari rezekiNya, tak malukah kita?

Para pembaca, itu lah cinta sebenarnya. Pernahkah kita duduk untuk berfikir, betapa banyaknya salah dan maksiat kita lakukan setiap hari? Saya pernah dan saya saban kali kecewa kerana sering gagal, terus melakukan dosa-dosa kecil setiap hari. Namun pengharapan saya agar ketika sujud dan solat, Allah Al-Ghaffur mengampuni saya. Ya! Allah tetap memberi kita peluang. Allah berfirman dalam Quran yang bermaksud “Katakanlah, Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas, terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.” (QS. Az Zumar: 53) Walaupun kita sudah melampui batas, sedangkan sudah berulang kali diingatkan di dalam Quran bahawa ….Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Bukankah itu cinta? Antara kriteria cinta adalah memaafkan dan memberi peluang.

Namun dalam hati manusia ini kamu masih merasakan hanyalah si “dia” yang akan mencintai kamu dengan sepenuh hati dan kamu mengharap bahawa si “dia” akan mencintai kamu sampai mati. Si “dia” atau DIA? DIA yang menyintai kamu kerana DIAlah yang mencampakkan cinta ke dalam dada kamu. DIA itu TuhanMu yang Maha Esa. Allah yang memberikan kamu perasaan cinta itu. Mana mungkin kamu “bercinta” tanpa menyintai Allah SWT Al-Wadud sumber cinta. Apabila ada yang menyintai sang suami melebihi Tuhan maka anda hanya membinasakan diri sendiri. Selamatlah saya ucapkan kerana anda selamanya tidak akan bahagia apabila bergantung cinta kepada manusia.

Apabila cinta diklasifikasi oleh media dan disogok sebagai CUMA hubungan lelaki dan wanita yang penuh berahi itulah masalahnya. Filem Hollywood dan Korea menjadi rujukan betapa romantisnya manusia. Beranganlah kita si dia akan bersikap serupa. Tidak dinafikan cinta antara lelaki dan wanita memang sungguh istimewa. Ya kerana itulah Hawa dicipta. Sebagai teman untuk hidup dengan Nabi Adam a.s dengan penuh kasih dan sayang. Ya memang perasaan antara Adam dan Hawa iaitu lelaki dan wanita hadir dengan perasaan berahi. Itulah nafsu yang menjadikan dan mengesahkan bahawa kita ini manusia bukan malaikat.

Nafsu itu akan tetapi, perlu diakui amat cendurung kepada kejahatan. Kata Nabi Allah Yusuf A.S “Dan aku tidak menganggap bahwa diriku terbebas dari kesalahan, karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan…” (Yusuf: 53) Dan ada diantara nafsu kita ini sudah terlalu lama dibiarkan buas, berkeliaran dan lari seperti kuda-kuda liar tanpa tujuan.

[ Gambar hiasan ]

Orang yang bijak akan sentiasa cuba untuk menyucikan diri dari nafsu yang liar. “ Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya” ( Asy-Syam [ 91] 9-10) Mereka yang beriman akan merasa tidak selesa dengan nafsu yang buas berlari, mereka menyedari mereka perlu melakukan sesuatu. Nafsu mampu ditundukkan kerana kitalah yang mengawalnya. Ya KITA! Saya dan anda. Kita lebih berkuasa, jangan diberi stering itu kepada nafsu. Kelak hancur merana. Sudah berulang kali diingatkan dan dipesan nafsu ini mampu ditundukkan dengan solat, Quran, puasa. Solat lagi, bangun tengah malam dan praktis menahan diri.

Jangan buat apa yang kita rasa kita NAK buat tapi buatlah perkara yang kita TAK NAK buat. Rasa nak sms cinta hati namun pergi berwudhu’ dan beristighfar. Jangan dilayan nafsu itu. Jangan dibelai dan diusap-usap seperti kucing Parsi yang gemuk dan gebu. Aduhai indahnya dibuai perasaan berahi ini. Namun nafsu ini tidak pernah kenal erti puas. Setelah melakukan dosa, setelah memuaskan nafsu ini dengan ber-SMS dan ber-WhatsApp pukul 3 pagi misalnya, kemudiannya kita mahu lebih lagi. Setelah memuaskan yang lebih itu kita kemudian akan mahu lebih lagi. Dan lagi dan lagi. Tak pernah puas nafsu ini. Tak akan puas. Jadi soalnya sampai bila mahu dikejarkan nafsu yang rakus dan tidak mahu berhenti itu? Sampai bila? Mahu dibawa kemana?

Orang yang bijak akan sentiasa cuba untuk menyucikan diri dari nafsu yang liar. “ Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya” ( Asy-Syam [ 91] 9-10) Mereka yang beriman akan merasa tidak selesa dengan nafsu yang buas berlari, mereka menyedari mereka perlu melakukan sesuatu. Nafsu mampu ditundukkan kerana kitalah yang mengawalnya. Ya KITA! Saya dan anda. Kita lebih berkuasa, jangan diberi stering itu kepada nafsu. Kelak hancur merana. Sudah berulang kali diingatkan dan dipesan nafsu ini mampu ditundukkan dengan solat, Quran, puasa. Solat lagi, bangun tengah malam dan praktis menahan diri.

Jangan buat apa yang kita rasa kita NAK buat tapi buatlah perkara yang kita TAK NAK buat. Rasa nak sms cinta hati namun pergi berwudhu’ dan beristighfar. Jangan dilayan nafsu itu. Jangan dibelai dan diusap-usap seperti kucing Parsi yang gemuk dan gebu. Aduhai indahnya dibuai perasaan berahi ini. Namun nafsu ini tidak pernah kenal erti puas. Setelah melakukan dosa, setelah memuaskan nafsu ini dengan ber-SMS dan ber-WhatsApp pukul 3 pagi misalnya, kemudiannya kita mahu lebih lagi. Setelah memuaskan yang lebih itu kita kemudian akan mahu lebih lagi. Dan lagi dan lagi. Tak pernah puas nafsu ini. Tak akan puas. Jadi soalnya sampai bila mahu dikejarkan nafsu yang rakus dan tidak mahu berhenti itu? Sampai bila? Mahu dibawa kemana?

[ Cinta ]

Sibukan diri dan kadangkala berhenti! Ya berhenti ! Berhenti! Berhenti! Kata Sheikh saya beliau berhenti bagai patung kemudian berkata “Baiklah syaitan! Aku tahu apa kau cuba lakukan, pandai kamu ya” dan kemudian beliau akan ucapkan “A’uzubullahiminsyaitanirrjim” kerana mungkin saja bisikan itu dari syaitan. Kini kadangkala saya berhenti, apabila timbul atau terlintas yang jahat-jahat dalam kepala ini. Saya lafazkan ucapan penuh kuasa itu. Kerana syaitan itu memang sengaja, sengaja, sengaja mahu kita berdosa. Ancaman menyesatkan manusia itu benar. Sangat benar. Tundukkan nafsu dengan mengawal makan dan tidur. Jangan lebih makan, jangan lebih cakap, jangan lebih tidur. Banyaknya cara untuk menuundukan nafsu. Namun kita lebih senang dibawa berlayar oleh nafsu terus ke lautan biru. Kemudian tatkala ombak datang kita terhempas dan menyesal. Kenapa aku begitu berani berlayar? Aduh nafsu kau memang membuatkan hidupku celaru.

Hati-hatilah dengan mainan ‘cinta’ wanita dan lelaki ini. Banyak yang sudah ditipu, tertipu dan menipu. Suami orang, isteri orang…ianya bermula dengan mata. Mata, cinta, pegang dan zina. Jagalah mata wahai pembaca. Jagalah hati, tundukkanlah nafsu dengan mengawal pandangan anda. Di mana saja. Hatta di skrin i-pad, computer dan TV. Tundukkan pandangan sebagaimana firman Allah dalam Quran.

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Mahamengetahui apa yang mereka perbuat.” Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.” (QS. an-Nur [24]: 30-31)

Ianya bermula dengan anda adik-adik lelaki ku. Tundukan pandangan. Jaga, jaga, jaga! Merenung gambar seseorang dalam FB itu juga pandangan yang mungkin akan membawa kemudaratan. Tahanlah. Belajarlah unuk mengawal anugerah mata yang istimewa ini supaya di akhirat kelak sang mata akan berkata “Aku telah berusaha untuk menjaga dan melihat yang baik-baik sahaja wahai Tuhanku” Kerana mereka yang menahan nafsu itu balasannya syurga. “Dan adapun orang-orang yang takut dengan kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari (keinginan) hawa nafsunya, maka sungguh syurgalah tempat tinggalnya” Quran: Surah An-Naziat 40&41.

Ya! Syurga destinasiku maka perlu aku berusaha mengawal segala jenis nafsu ku ini. Termasuklah nafsu makan dan tidur sekali. Termasuklah nafsu yang cuma mahu bersenang, berhibur, bermalasan dan membeli.

Kita dibuai, digoda, dibisik ke dalam jiwa segala yang mekar, indah dan berbunga. Bukalah radio dan TV cerita cinta lagi dan lagi. Mendodoikan jiwa yang sudah pun gundah gulana ke alam fantasi dimana semuanya bagai pelangi selepas gerimis pagi. Tiada yang buruk , tiada cacat dan cela. Kajian menunjukkan tatkala bercinta kita akan membesarkan segala yang “baik” mengenai pasangan dan meremehkan segala keburukkannya. Ya! Itulah hakikat. Tapi mereka yang TAHU dan hidup dalam alam realiti akan cepat menggunakan akal dan mengawal berahi yang penuh fantasi.


Ya!. bangunlah kepada realiti. Semua mahu menyintai dan dicintai, tapi kawallah diri dan pilihlah untuk bercinta dalam alam realiti. Bagi mereka yang bijak, mereka berpijak di bumi bukan pelangi. Cinta yang dipenuhi berahi bukan cinta sejati. Zina dalam apa jua bentuk dan kononnya menyayangi atas dasar nafsu seksual semata BUKANlah cinta hakiki. Apabila bangun untuk hidup di alam realiti dan bukan fantasi anda perlu membuat keputusan itu dengan sedar, kadangkala perlu ditampar muka sendiri berulang kali.

Jangan diberi minda ini makan dengan adegan ciptaan dari filem cinta semata. Itu semua tidak wujud. Hakikat cinta sebenar jauh bezanya. Cinta akan datang dan pergi akan turun dan naik. Selepas berkahwin bersiaplah untuk bergaduh dan membenci. Untuk kadangkala sakit hati. Namun cinta memaafkan, cinta melihat bagaimana sabarnya kita ketika ketiadaan wang misalnya. Cinta memberi harapan untuk memperbaiki diri. Cinta memajukan dan memberi inspirasi. Cinta sejati tidak tidak merosakkan diri. Ya itulah cinta. Cinta memerlukan usaha bersungguh, memerlukan kita mencabut lalang-lalang yang cuba merosakkannya. Ianya bukan sekadar perasaan berahi semata. Perbetulkan persepsi. Jangan sesekali anda berkahwin atas dasar cinta berahi SEMATA. Percayalah ianya tidak akan kekal lama. Kerana berahi itu akan pudar.

Ya! Tidak ada siapa yang dapat menghalang perasaan suka, minat, jatuh hati anda dengan si dia. Cinta tidak salah, perasaan berahi dalam bercinta juga tidak salah kerana iainya fitrah, namun apa yang anda lakukan dengan perasaan itu akan menentukan jalan cerita yang seterusnya… Matlamatnya adalah membina keluarga Islam sejati kerana antara hadiah paling berharga dalam hidup ini adalah memiliki keluarga yang bahagia & gembira. Selamat Berjaya dan mencari cinta. Pilihlah realiti bukan fantasi.

AddThis Social Bookmark Button
 

Semua Komen  

 
+2 # RE: Oh Cinta~Nursha 2013-01-22 18:30
Artikel ni sgtla bagus kak Dina.Terasa betapa diri ini dibuai dgn dosa yg byk.Dosa mata,dosa mulut dll..Teruskan penulisan kak Dina.Semoga Berjaya!Amin
Quote
 
 
+3 # RE: Oh Cinta~Ros 2013-01-22 18:46
Betul..Cinta adakalanya membuatkan manusia itu alpa dan berdosa. Semoga kita mencintai-NYA. :-)
Quote
 
 
+2 # RE: Oh Cinta~aisyah 2013-01-22 18:49
saya suka...izin kan saya nak share ye...
Quote
 
 
-1 # terbaikazman 2013-01-22 19:02
subhanallah, satu artikel yang sangat terbaik! tajuk yg agak mustahil untuk lelaki membacanya, tapi isi yang saya dapat lebih dari sekadar cinta semata. jzakillah atas peringatan yang menusuk hati yang sedang berkarat ini. =)
Quote
 
 
+1 # RE: Oh Cinta~jaja 2013-01-22 19:13
bercinta kerana Tuhan..
Quote
 
 
+1 # mmmmmfitriey 2013-01-23 12:12
hidup ini tlalu indah andai manusia pndai mgubah y sayang kak wardind sukau sabah
Quote
 
 
+1 # Terima kasihAishah 2013-01-29 12:57
terima kasih kak wardinah atas penulisan yg sungguh menusuk jiwa saya,saya hanya gadis yg berusia 20 tahun,mentah.jauh dari Allah walaupun saya tahu ianya salah tp jiwa memberontak.sekarang saya sedar takde cinta manusia pun boleh tandingi cinta Allah.skrg saya sedaya upaya untuk berubah dan dekat dengan Allah.insyaAllah.doakan sy agar sy dpt istiqamah :)
Quote
 
 
+1 # cinta yg osemKiya 2013-01-29 16:06
subhanallah! artikel yang sgt menarik..
sgt suke baca artikel akak.. mari same2 kita mencintai PENCIPTA cinta.
Quote
 
 
+1 # penulisan yang padat penuh ilmiahnorwahida musa 2013-01-31 08:40
tahniah akak..penulisan seni yg baik
Quote
 
 
+3 # ANUGERAHJua Azura 2013-02-01 10:40
cinta itu anugerah pinjaman,boleh diambil bila2 saja..segelintir kita keluh kesah bila cintanya tidak diterima sang jejaka/wanita namun tidak sedikit pun risau andai Allah tidak menyintainya..keterujaan itu buat manusia alpa..cinta manusia bkan segala kerana suatu masa ia kan layu dan hilang tapi cinta Allah semakin kita dekati maka semakin kita rasai kenikmatannya..setianya DIA bersama kita..pelihara ukhwah kita sesama insan kerana Allah..insyaAllah always support satu sama lain..KERANA ALLAH kak Dina..ukhwah fillah
Quote
 
 
+2 # Penuliasan Yang Penuh Makna , Sangat Bagus , .Jumiati Binti Kunnuh@Kannuh 2013-02-07 09:52
Cinta pada Allah Swt adalah cinta yg kekal abadi... Rasa cinta yg ada pd hati kita semua itu pemberian n dtg dari Allah swt .. Cintai lah ALLAH SWT sepenuh jiwa kita ...
Quote
 
 
+1 # RE: Oh Cinta~ita 2013-03-26 14:30
Mohon share
Quote
 
 
-1 # cinta sejatisaira 2013-04-24 15:27
tiada pecinta yang lebih hebat selain dari ALLAH.Kita datang dariNYA dan pasti kembali kepadaNYA.Talkala kita rasa duka dan memohon pertolongan kepadanya tak pernah dikecewakan.cinta manusia ada turun naik tapi cinta ALLAH manisnya sukar diungkap.Hanya mereka yg bangun malam bersunyi sunyian denganNYA saja dapat merasai nikmatNYA cinta sejati .cubalah WAHAI SAHABAT yg masih tercari cari erti cinta luar biasa.
Quote
 
 
0 # cinta yang satu..yong amirah 2013-07-26 00:03
Ya ALLAH kak dina.tq so much for this inspiring articles.dis article really made my day..hati ni rase tenang lpas bace..xde lgi pkir psal cinta2 dunia..tqvm kak dina..u r my inspiration.
Quote
 
 
0 # comeeeezu9199 2013-08-04 11:19
menarik skali tulisan awk,
1st sy nok tanyo,
awk ni bulih ko d komen[yg membina],
kalu toklih trima awk nyah kan saya,
saya tok kisah,
awok meme comerrrrrrrrrrr rrr,
so jah sayo nok mitok,
'BULU KENING TU JANGE CUKUR',
lagi comerrrrr,
kekelkan hok Allah beri, jange d ubooh,
Quote
 
  • 25
    Dec

    Workshop Twins of Faith
    SISTERS ONLY
    . "Struggling to become a better Muslimah Everyday"

  • 12
    Nov

    Kem Sinergi Keluarga Bahagia bersama Ustaz Hasrizal & Tuan Fazrul

  • 14
    Nov

    Emcee @ PNB

  • 17
    Nov

    Kempen Membaca

Wardina VLog

Saksikan video-video terkini Wardina

Video-video Wardina membicarakan isu-isu mengenai perkembangan diri, anak-anak, keluarga dan lain-lain lagi.

Tonton Video