Siapa Alien?

Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd - buku pertama dalam siri Kembara Alien yang bernama Ali untuk kanak-kanak yang diilustrasikan oleh “raja pensil warna” - Uneh.

"Siapa Alien", mengisahkan bagaimana Ali mengembara ke planet Bumi bersama rakannya Rani dan kemudiannya bertemu dengan satu lagi “alien” yang sebenarnya merupakan seorang manusia! Apa yang terjadi? Dalam perjalanan ini, mereka belajar mengenai nama-nama planet dan melihat keindahan Bumi. Moral yang cuba diketengahkan, ialah kita tidak patut terus memberi gelaran “pelik” dan “asing” kepada sesuatu atau seseorang yang belum pernah kita temui sebelum ini. Di akhir buku, Wardina mencipta pelbagai aktiviti yang lahir dari imaginasi dan kreativitinya sebagai panduan ibu bapa untuk berinteraksi dengan anak mereka.

Wardina telah bertungkus lumus menyiapkan buku ini bermula dengan satu idea selama setahun lamanya. Baru-baru ini, untuk menambah ilmu, Wardina menyertai persidangan di Singapura iaitu The Asian Festival of Childrens Content yang telah menghimpunkan penulis, pelukis, pengedar buku kanak-kanak dari seluruh dunia membincangkan bagaimana mutu buku cerita kanak-kanak yang mengatakan ‘kisah’ dari Asia boleh diketengahkan ke seluruh pelusuk dunia.

Wardina amat menyintai bidang penulisan, buku, kanak-kanak dan isu mengenai kekeluargaan dan wanita. Wardina menekankan imaginasi dan kreativiti sebagai asas dan keperluan bagi setiap manusia terutamanya pada abad ke-21 ini . Beliau juga percaya keduanya mampu dipupuk dengan membaca. Beliau berharap untuk menjadi seorang penulis buku cerita kanak-kanak yang serius dan terkenal satu hari ini. Kedua buah buku ini merupakan langkah pertamanya. Perjalanan beribu batu bermula dengan mengambil tapak yang pertama. InsyaAllah.

AddThis Social Bookmark Button
 
  • 25
    Dec

    Workshop Twins of Faith
    SISTERS ONLY
    . "Struggling to become a better Muslimah Everyday"

  • 12
    Nov

    Kem Sinergi Keluarga Bahagia bersama Ustaz Hasrizal & Tuan Fazrul

  • 14
    Nov

    Emcee @ PNB

  • 17
    Nov

    Kempen Membaca

Wardina VLog

Saksikan video-video terkini Wardina

Video-video Wardina membicarakan isu-isu mengenai perkembangan diri, anak-anak, keluarga dan lain-lain lagi.

Tonton Video