Surat pilihan 2Dengan nama Allah yang Maha penyayang lagi Maha pengampun. Adik-adik tersayang, begitu banyak persoalan kepada saya sejak akhir-akhir ini mengenai 1.Bagaimana mahu berubah 2. Bagaimana mahu istiqamah 3. Bagaimana mahu mengisi kekosongan jiwa 4. Bagaimana mahu mencari bahagia dan sabagainya Saya lampirkan satu antara ratusan email yang diterima sebagai pembuka pembicara kita bulan ini. ‘Boleh Kak Dina bantu saya dengan sesuatu? Saya rasa saya sudah kehilangan. Setiap hari saya cuba untuk mendekatkan diri dengan Allah dan menjadi Muslimah yang baik tetapi saya gagal! Saya sangat kecewa dengan diri. Setiap hari saya berjuang melawan perasaan dan nafsu saya. Saya takut saya ini seorang munafiq Kak Dina’ Allahuakbar, setiap kali saya mendapat email-email begini saya rasa sebak. Kenapa? Kerana menyedari hakikat betapa ratusan ribu manusia diluar sana mengalami perasaan serupa. Betapa ramai yang hilang arah dan mahu memperbaiki diri tetapi tidak tahu kemana harus mahu dituju. I wish I can help all of you. Hakikatnya jika mahu berubah, ianya terpulang pada diri sendiri. Percayalah kita sebenarnya lebih kuat dari apa yang kita sangkakan. Yang boleh membantu diri melebihi segalanya adalah Allah, Allah Al-Jabar, Allah yang berkuasa untuk memulihkan keadaan kita, membaiki keadaan hati kita-maka memohon lah supaya Allah Al-Waliy menjadi pelindung diri kita. Biarlah Allah yang menjadi rakan yang dekat, yang membantu dan memelihara diri ini. Kerana jika Allah menjadi Waliy kita, kita tidak akan bersedih hati, hidup kita akan bersinar, bahagia dan kita akan beroleh kemenangan. Tak percaya? Lihat janji Allah. Allah adalah waliy kepada mereka yang beriman dan percaya dengan sepenuh hati dan yakin. “Ingatlah wali-wali Allah tu tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati” (Yunus:62) Sejujurnya pembaca semua, apabila ramai adk-adik bertanya pada saya bagaimana mahu berubah, jawapan saya – “Saya juga masih merangkak, saya masih bertatih, sama saja seperti anda semua” Jadi malu saya bila ditanya soalan sebegitu. Pertama, Allah SWT dan kemahuan diri saya letakkan di tangga teratas. Itulah yang menentukan kejayaan ‘perubahan diri’ yang berterusan. Tanya kepada diri betapa seriusnya kita mahu berubah. Adakah kita sudah sanggup meninggalkan segala kejahatan dan dosa? Be specific. Apa dia yang PERLU bukan MAHU. Ingat ya, yang PERLU diubah dulu. Adakah yang PERLU diubah ini MAHU anda lakukan atau tidak. Jika tidak kenapa? Tuliskan. Tenunglah lama-lama. Dan mulalah ambil langkah pertama itu. Adakah kita bersedia untuk menggantikan kemungkaran itu dengan nikmat kemanisan iman dan ketenangan jiwa. Betul? Tanya kepada diri 100 kali satu hari. ARE YOU READY? Ya, Saya juga sering bertanya pada diri sendiri! Jika tidak bersedia, MENGAPA? Apa yang perlu dilakukan? Apa halangannya? Kaji diri sendiri lebih baik dari sibuk mengkaji orang lain. Bahagianya jika boleh mengucapkan Selamat tinggal pada dosa! Ucapkanlah pada diri - Saya diciptakan Allah terlalu baik untuk membuat kemungkaran. I’m just too good for all this maksiat. Satu lagi perkara yang diperlukan jika mahu berubah, itulah dia- SOKONGAN. Benar, banyak perkara sukar dilakukan sendirian. ‘Support Group’ sebenarnya sangat penting. Seperti mereka yang mahu meninggalkan tabiat minuk arak di Barat. Kumpulan ‘Alcoholic Anonymous’ memberi sokongan, dorongan dan kekuatan kepada mereka. Sudahkah kita membentuk kumpulan sokongan untuk membantu mereka yang benar-benar mahu berubah? Sudahkah kita memimpin tangan mereka memberikan sokongan, galakan dan kasih sayang? Sedih, namun kadangkala sebaliknya berlaku. Apabila ada yang mahu berubah, kerana perubahan itu kecil atau belum cukup sempurna, makin banyak syarat, arahan, kata sinis dan perlian diberikan. FIkirkanlah. Kepada mereka yang mahu berubah pula, sudah cukupkah ANDA MENCARI? Ada ramai manusia diluar sana yang sudi membantu sebenarnya. Jangan duduk diam dalam kamar sendiri, seperti juga jodoh dan rezki yang tidak datang bergolek, begitu juga dengan mencari sokongan dan hidayah. Cari sokongan, hadiri kuliah, dapatkan rakan baru, supaya diri lebih kuat melawan seribu satu godaan. Hakikatnya kita manusia memerlukan antara satu dengan lain. Kerana peringatan itu berguna untuk orang-orang beriman. Semoga Allah membantu hati-hati yang ikhlas untuk dekat dengannya. Teringat kata-kata Syeikh Ouarzazi di dalam satu kuliahnya tempoh hari. “Jika kita IKHLAS mahu hidayah dan IKHLAS mahu dekat kepadaNya, Allah akan memberikan kita hidayah itu” Yakinlah. Bercakaplah dengan Allah di dalam hati, berbisiklah kepada Allah. Kerana Allah Maha Mengetahui apa saja yang tersembunyi di dalam hati ini, apa sahaja yang kita katakan dan apa sahaja yang kita lakukan. Adik-adik mari ingatkan diri setiap perkara baik yang kita lakukan, dan setiap nafsu jahat yang kita lawan, setiap maksiat yang kita tinggalkan tidak akan sia-sia disisi Allah walaupun ianya cuma sekecil biji sawi sekalipun. Allah Al-Hasib – Ianya akan diambil kira dan dinilai. Bukan seperti manusia yang kadangkala lupa memberi penghargaan dan tidak ambil peduli perkara yang kita lakukan. Ya walaupun kecil ianya akan ditulis. Walaupun ianya meninggalkan ‘mengata’ dan membuang masa di FB terlalu lama kerana hakikatnya terlalu banyak assignment yang perlu disiapkan :) "Dan org2 yg berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar2 Kami tunjukkan kepada mereka jalan2 Kami. Dan sesungguhnya Allah benar2 beserta org2 yg berbuat baik" (Al-Ankabut : 69) Mari kita ke jalan Allah yang lurus, bukan jalan berliku yang penuh dengan semak. Sudahlah… |


















Semua Komen
Rasanya memang fitrah manusia untuk hidup berjemaah. Bila bersama dengan orang yang mahukan kebaikan, itulah yang kita dapat.
betul kata dina. bukan nak berubah tp perlu berubah, susah sungguh nak berubah, kita kena cekalkan hati sentiasa.... cara pertama yg akak buat, akak bukan terus pakai tudung, akak betulkan solat.. hari2 kena buat sampai rasa rindu kalau tak buat.. makan masa benda ni, ada org berubah pakai tudung dulu, tp cara akak lain, sbb pada akak solat yg sempurna mencegah kita dari kemungkaran, alhamdulillah..bila terasa manisnya perubahan tu, yg lain akan beransur-ansur mengalami perubahan. berubah kepada yg baik lah. sekarang ni akak sedang mula belajar kembali mengaji, perkara yg dah lama akak tak buat
alhamdulillah, tenang dpt baca surat ni dr dina...
Sy pun antara yg sdg mencari keredha Allah..
Mencari tp x tau dimn harus dicari n bagaimana..
Tkasih.
After reading the letter that been posted in your blog,to change first you have to start with intention. The intention to be better. You need to know why you need to change.Is it for yourself or for others?Everything you do in this life have to be for Allah stw. Full stop. Then everything else just falls into it's place. Trust in Him,Pour your heart and soul to Him,Love him because He always love,listen and forgive His ummah. Inshaallah, you will be bless all the blesing from Allahswt. Masalama,
Zainab
Brisbane
1. Banyakkan membaca al Quran
2. Sentiasa berzikir
3. Banyakkan sedekah
4. Murah senyuman
5. Memberi salam
InsyaAllah.. Islam adalah cara hidup..
terima kasih kak dina. dengan surat ini, saya tahu saya tidak keseorangan bergelut untuk berjihad ke jalan-Nya. Dalam kesibukaa mengurus rumahtangga dan berusaha untuk teruskan perjalan hijrah, saya selalu terasa sunyi dan sepi. tapi selalu saya pujuk diri, Allah ada. Allah sentiasa ada. Hanya pada-Nya tempat merintih agar diizinkan untuk terus berada dijalan yang benar. saya selalu pegang kata kak dina, bila kita ikhlas untuk berubah, Allah akan hantar perkara baik pada kita,orang baik2..and yes, it happened to me dan kalau kak dina masih merangkak...saya apatah lagi. tapi mari kita nekad dan terus berdoa agar sentiasa istiqamah. perjalanan mencari hidayah...insyaAllah
Kak, sy nak tnya, apa perlu sy lakukan jika setiap kali perasaan ingin berubah itu kuat. Tp ada sj perkara yg mematahkan keinginan itu. Contnya dlm situasi sy, ditmpt kerja sy tiada mslh utk solat. Tp bila blk rumah semua perkara sy kena buat sendiri termasuklah manjaga ank2. Suami pula tidak mengendahkan walaupun ketika sy nak solat ank menangis teresak2 atau mengganggu solat sy, suami hanya tau mengadap komputer atau tidur shj. Keadaan ini srg kali buat sy rasa patah semangat. Jka sy ingin mencari kelas agama utk belajar al-quran, suami hanya diam sj, bila sy hantar ank2 ke kelas mengaji dan sy lmbt beberapa mnt shj suami mula bising dan b'tanya mcm2 soalan. Sy nak berubah, tp tiada sokongan dr suami. Nak berguru dgn buku pun byk persoalan yg nak ditanya tp xterjawab. Mcm mna sy nak istiqamah dalam menunaikan ibadat?
Moga Allah membantu puan. Saya ada dgr koleksi ceramah Ustaz Pahrol Mohd Juoi dari Galeri Audio IKIM.fm. Dalam salah satu tajuk ceramah Ustaz ada menyentuh bab dugaan/ujian ini..masalah suami yg tidak menyokong memerlukan kesabaran yg tinggi dari isteri. teruskan berdoa, sesungguhnya Allah mendengar, yakin lah. kita tak mampu menegur suami dengan perkataan, takut2 dia lagi jauh / menimbulkan pergaduhan. yang penting puan mendidik anak2 mengikut kehendak Islam. In Syaa Allah, dari situ akan timbul kesedaran dari pihak suami. DOA adalah senjata kita. Jangan patah semangat.
mmg sukar untuk berubah tanpa sokongan dari suami, jgn jdkan itu alasan ttp gai cabaran. Muslimah negara lain, sering solat sambil mendukung anak yang menangis, bla sujud dilletakkan, bila bangun, diangkat semula dan dikelek.Buat yang terbaik, Allah maha mengetahui, itu niat yg penting, tidak kira b'mana, dlm setiap cabaran,cuba untuk berubah, In Shaa Allah,Allah akan berikan kekuatan. Dgn suami, senyuman adalah senjata yang paling berkesan,tidak boleh bergaduh dgn org yg senyum, bila dia tegur/marah, senyum, jgn balas kecuali perkataan maaf. Tidak menjawab memerlukan lbh kekuatan drpd menjawab, jd jgn rasa diri lemah kerana tidak menjawab/membalas teguran dia. Senyum, ia sedekah dan bagi wanita senyum itu pelindung diri.
RSS feed for comments to this post