Wanita Muslimah itu Siapa?

Berdikari, Bijak, dan Bersabarlah Wahai Wanita

Wanita Muslimah itu siapa?. “Ramai yang boleh berjaya, tetapi tidak ramai yang boleh solehah” Teringat kembali kata-kata ini. Jika saya sebut ‘solehah’, agaknya siapakah dia yang terbayang di fikiran anda? Sifat apakah yang perlu ada dalam diri seorang wanita solehah itu? Pastinya terbayang nama tiga orang wanita lagenda. Mereka inilah antara yang paling rapat dan disayangi Rasulullah SAW. Khadija binti Khuwaylid Al-Kubra r.a, Aisha’ binti Abu Bakar r.a, dan puteri tercinta Fatimah Az-Zahra r.a . Mereka dikagumi kerana pegorbanan mereka yang MasyaAllah tidak ada tolok bandingnya. Apa lah dengan sedikit pengorbanan kita yang tidak cukup tidur ini, dengan mungkin sedikit penat dan letih menguruskan kerjaya, keluarga, pelajaran (dalam kes saya), urusan rumahtangga dan kerja sosial jika mahu dibandingkan dengan pengorbanan Ummu-al-mu’minin ini? Mereka mengorbankan masa, tenaga juga ‘perasaan’ mereka, pendek kata sepenuh jiwa dan raga. Kadangkala kelaparan, (dikatakan Khadijah r.a sakit dan seterusnya meningal dunia kerana kelaparan akibat ‘boycott’ ke atas umat Islam di awal penyebaran Islam secara terbuka. Wanita mulia yang dijanjikan syurga ini juga pernah ditindas, diejek, difitnah, dikeji sedangkan mereka tahu Khadija r.a adalah wanita yang dihormati dan baik serba serbi. Manusia boleh melupakan segala jasa baik kita sekiranya apa yang kita lakukan bertentangan dengan kehendak mereka. Refleksi buat diri kita sebenarnya, apalah sangat dugaan kita ini? Pastinya mengenang dan ‘berfikir’ mengenai mereka memberikan kita semangat untuk bangun kembali. Semangat untuk meneruskan kehidupan yang mencabar ini. Hidup yang penuh dengan seribu satu ranjau dan duri. Saya pasti saya sama saja dengan anda semua, sedih dan tawa, kecewa dan gembira, silih berganti hari demi hari. Saya sering mengingatkan diri untuk menjadikan mereka inpirasi.

 

 

Saya simpulkan kehebatan mereka dengan tiga perkataan yang paling pendek dan mudah. 1) Berkerjaya (berdikari), 2) Bijak dan 3) Sabar. Sifat yang cuba saya tanamkan dalam diri saya. Khadijah r.a seorang wanita beriman dan berkerjaya. Beliau juga merupakan,seorang ‘kaunselor‘ yang cukup baik. Memberi nasihat dan ketenangan kepada suami dan umat Islam lain. Maka sifat ini perlu kita ‘tiru’. Beliau ‘lain’ dari wanita pada zamannya. Perlu kita ingat zaman Khadijah r.a adalah zaman dimana wanita dipandang begitu hina. Namun Khadijah ‘berbeza’, beliau tidak ‘tunduk’ dengan kehendak ‘orang dan masa’. Beliau nyata BERBEZA kerana beliau berilmu dan memilih untuk membuat keputusan sendiri. Khadijah sewaktu semua disekelilingnya menyembah berhala tidak mengikut orang lain. Cuba tanya pada diri, mengapa kita ini kerap ‘mengikut’ kata dan kehendak orang lain? Khadijah r.a sering berguru dengan pakciknya Waraqah bin Naufal. Kita harus bangun untuk menjadi wanita yang “berbeza”, yang tidak tunduk dengan kehendak ‘masyarakat sekeliling’ yang kadangkala sama sekali tidak munasabah dan salah. Kita perlu tahu beza antara agama dan adat. Khadijah membuat keputusan sendiri dan berani kerana beliau berilmu. Tiada kekuatan dan keyakinan tanpa ilmu yang baik dan sahih, oleh itu marilah kita memperkasakan diri kita ini dengan ilmu yang benar para pembaca sekalian.

Apabila berbicara mengenai ilmu, Aisha r.a bermain difikiran. Ilmu Allah itu luas, Ilmu formal atau tidak, ianya tidak menjadi masalah. Asalkan ianya ‘ilmu berguna yang boleh mengubah minda atau kemahiran dalam satu jangkamasa yang panjang. Jika ‘proses’ ini terjadi bermakna ‘pembelajaran’ sudah berlaku . Mari kita menanam azam untuk menjadi seperti Aisha r.a isteri tercinta Rasulullah saw. Seorang wanita yang cukup BIJAK dan dikenali kerana kecerdasan minda dan kefasihan tutur bicaranya. Wanita yang bijak adalah wanita yang sering mencari ilmu, bertanya jika tidak pasti seperti wanita Muslim awal terdahulu. Mereka berani bertanya supaya mereka faham mengenai agama dengan lebih lagi, bukan hanya ‘mengikut’ apa yang telah dilakukan orang lain. Antaranya Asma’ binti Yazid seperti dalam hadith yang diriwayatkan oleh Aisha’. Mereka bertanya mengenai berbagai perkara terus kepada Rasulullah saw tanpa segan dan silu. Cara yang paling baik untuk belajar adalah dengan bertanya. Malu bertanya maka akan sesatlah jalan kita ini.

Saya juga menanam azam dengan mengatakan pada diri saya bahawa “saya juga perlu bijak!” Saya juga perlu mencari ilmu dari sumber yang sahih dari mana saja, pada bila-bila masa. Wanita Muslimah perlu menjaga minda mereka dan membajanya dengan ilmu, kerana mencari ilmu itu tuntutan dan kewajipan bagi setiap Muslim. Ilmulah yang akan menaikan harga diri kita. Saya yakin dan percaya antara sebab mundurnya umat Islam kini adalah kerana mundurnya kita dari sikap ‘mencintai’ ilmu. Kita digalakan mencintai ‘kebendaan’, fesyen,nyanyian dari mencintai ilmu. Ramai wanita Muslim di sesetengah negara Islam masih lagi buta huruf. Bagaimanakah ibu-ibu yang buta huruf ini mahu mengajar anak-anak mereka kelak? Maka lahirlah generasi Muslim yang terus menerus lemah mindanya.

 

 

Teringat kembali bagaimana Aisha r,a menjadi tempat rujukan hadis dan ilmu sunnah dan merupakan faqeehah pertama Islam sewaktu umurnya cuma 19 tahun. Bukan sahaja bijak dalam agama, Aisha juga hebat dalam puisi, sastera, sejarah, perubatan dan berbagai cabang ilmu lain. Urwah ibn az-Zubayr pernah berkata “saya tidak pernah melihat orang yang lebih bijak dalam ilmu fiqh, perubatan atau puisi selain Aisha. Aisha hebat kerana sifatnya yang sering musykil dan ingin tahu. Tanamkan sifat ini dalam diri dan anak kita. Sifat kritikal yang ingin mencari jawapan kepada persoalan-persoalan yang timbul. Aisha juga sangat hebat dalam tutur bicaranya. Al-Ahnaf ibn Qays pernah berkata: (Al-Hashimi, 2003)

“Saya pernah mendengar bicara Abu Bakr, ‘Umar, ‘Uthman, ‘Ali dan khulafa’ selepas mereka, tetapi aku tidak perah mendengar bicara yang lebih hebat dan indah dkecuali dari Aisha” Moosa ibn Talhah berkata: “Aku tidak pernah melihat sesiapun yang indah dan hebat dalam tutur bicaranya seperti Aisha” (Al-Hashimi, 2003)

Ini membawa saya untuk membicarakan mengenai kajian oleh Dr Akram Nadwi dari Oxford Centre for Islamic Studies. Dr Akram menerbitkan 40 jilid koleksi para intelektual wanita Muslim yang diberi judul “The lost female scholars of Islam” .Sewaktu membuat kajian beliau menyangka bahawa beliau hanya akan berjumpa dengan 20 atau 30 orang wanita sahaja tetapi Dr Akram menjumpai lebih dari 8000 para wanita intelektual Muslim! Mereka sebelum ini ‘hilang’! Tidak langsung disebut dan dikenali! Contohnya seperti :

1. Fatima Al-Batayahiyyah – intelektual pada abad ke-8 yang mengajar Sahih Bukhari di Damascus

2. Fatimah Muhammad al Samarqandi yang menasihati dalam pemberian fatwa

3. Umm al-Darda yang sering bersama para lelaki berdebat did lam masjid mengajar fiqah dan hadith kepada lelaki seperti Hasan al-Basri

4. Zaynab binti Sulayman – mendapat reputasi sebagai ahli hadith mengajar para lelaki

5. Zayanab bt Ahmad – wanita hebat ini pernah mengajar Ibn Batuta.

MasyaAllah lihatlah betapa wanita Muslim ini kehadapan mengajar dan belajar. Persoalan saya mengapa tidak lagi? Mengapa sesetengah wanita didiamkan? Ayuh kita kehadapan semuala. Di zaman kontemporari serba maju ini, tiada alasan untuk terus ‘tak tahu’. Ilmu berada dimana-mana, yang perlu diperbetulkan cumalah sikap kita. Sentiasalah haus untuk ilmu berguna, bermanfaat dan sahih.

Sifat ketiga yang ingin saya sentuh ialah sabar. Sabar seperti Faimah r.a yang seringkali lapar dan susah. Anak seorang pemimpin agung yang tidak hidup senang dikelilingi pembantu atau dayang-dayang. Ya sabar itu tidak mudah. Sabar itu payah, sabar itu amat sukar sekali. Namun saya yakin kita semua mampu mendidiknya.

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka tanpa batas” (Az-Zumar: 10)

Tanpa sabar, pahala kita ini tidak “disempurnakan” Mari latih diri untuk 1) Berdikari 2) Berilmu dan 3) Sabar. Mudah ditulis, disebut, tetapi memang sukar untuk dilaksanakan? Saya percaya jika diulang tiga perkataan ini berkali-kali, ditanam azam dalam hati ianya mampu direalisasikan. Tiada apa yang mustahil dalam hidup ini. Namun saya juga percaya semua ini perlu disandarkan kembali kepada Aqidah dan ibadah kita. Perkara pokok adalah hubungan kita dengan Allah swt. Ini perlu dijaga sentiasa. Wanita Solehah mestilah berada dalam keadaan ‘jaga’, perlu sedar dan ambil ‘tahu’. Kita perlu tahu bahawa apa sahaja yang terjadi tidak mampu ditolak melainkan dengan izin Allah Al-Qadeer, Al-Qaader, Al-Muqtadir. Kita sebenarnya tidak ada pilihan melainkan untuk meletakkan sepenuh kepercayaan kita pada Allah, menyerah diri dan percaya Allah akan sentiasa bersama kita. Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang baik InsyaAllah. Wallahualam.

 

-Wardina-

 

--------------------------------------------------------------------------------------------

Rujukan

1) Al-Hasimi, M. A. (2003). The Ideal Muslimah. Riyadh: International Islamic Publishing House.

AddThis Social Bookmark Button
 

Semua Komen  

 
+5 # Alhamdulillahsiti katina 2012-06-19 12:47
;-) Semoga kita semua mampu buat yang terbaik...amin...thanks Dina..
Quote
 
 
+2 # good articlenani 2012-06-19 13:10
artikel yang sangat bagus dan memberi kesedaran kepada kita yang kadangkala tergelincir dari landasan yang sepatutnya.thanks.. :roll:
Quote
 
 
+2 # RE: Wanita Muslimah itu Siapa?Iwani Khalid 2012-06-19 13:14
Thanks Kak Dina for this wonderful article. All praise to Allah SWT for giving you such an awesome talent in writing and giving speeches too (Bidadari Dunia rocked hard!). May Allah SWT grant all of us istiqamah till the end of our lives.. Aaminn!
Quote
 
 
0 # SyukranLiyana Julay 2012-06-19 13:33
Thanks Kak Dina for sharing and writing such a great,full of content knowledge and highly impressive article , this article really made my day, may Allah bless u always and we all muslimah ameen :'D
Quote
 
 
+2 # nak tiru lah!nur syahirah 2012-06-19 13:42
idea yg bes kak dina, nak tiru lah.
berdikari-berilmu-sabar
yay! \(^_^)/
Quote
 
 
+1 # Syukranazman musa 2012-06-19 14:05
Alhamdulillah....
Quote
 
 
+2 # SAYA INGIN JADI WANITA SOLEHAHika 2012-06-19 15:02
Seronok baca artikel ni..thanks kak Dina :lol:
May Allah bless you and all of us muslimah :-)
Quote
 
 
+2 # syukran jazilanannisa 2012-06-19 15:23
InsyaAllah kak dina..moga kita diberikan kekuatan u terus berubah dlm mncari Mardhatillah..Allah pasti membantu,mudaha n niat ikhlas tersemat kukuh dihati kita kerana ALLAH.AMIN..
Quote
 
 
+1 # MasyaAllahazni 2012-06-19 16:38
hebat sungguh wanita2 mUslimah di zaman Rasullullah....
sentiasa berdoa supaya mendapat petunjuk dr ALLAH SWT utk menjadi seperti Saydatina Khadijah,Aisha n Fatimah r.a...
Amin
:-)
Quote
 
 
+2 # Syukran Sis.Dina!Hamba Allah 2012-06-20 01:59
Alhamdulillah, bila baca entri K.Dina kali ni, teringat saya pada program 'A One Moment To Remember' yang mana K.Dina ada sebutkan dan memberi nasihat agar para muslimah di zaman moden ini perlu menjadi 'muslimah yang berilmu'. Syukran kepada K.Dina, kerana sudi berkongsi ilmu dan saya menganggap entri kali ini sebagai kesinambungan slot K.Dina dalam program 'A One Moment To Remember' yang lepas. Semoga Allah SWT merahmati dan melindungi K.Dina sekeluarga. ;-)
Quote
 
 
+2 # Good one..Needa 2012-06-20 21:24
kagum dgn kejayan wanita2 ini.. inspiring..
Quote
 
 
+5 # AlhamdulillahMas 2012-06-22 00:42
Terima ksih atas peringatan ini kak wardina. Bila tinggi ilmu yang ada dalam diri kita, tinggi lah sanjungan & respect orang terhadap kita. InsyaAllah, masih melatih diri untuk BERDIKARI, BERILMU dan SABAR dalam kehidupan masa kini. Moga dipermudahkan olehNya insyaAllah :-)
Quote
 
 
+2 # Thank YouSafwan Lukman 2012-06-22 11:30
Salam kak, thank you for willing to share and what more to relate with daily life (it makes us ponder upon what we have done and what we could have done ; to be a better happy muslim/muslimah). The article challenged my perspective in what i call life/priority.In search of real person/friend/life partner while continuing to know ownself (inside-out) over these years was an ongoing learning experience for me.Im touched to know the traits Khadija binti Khuwaylid Al-Kubra r.a., Aisha’ binti Abu Bakar r.a. and other great muslimah you've mentioned have during their time.I view this phrase as a powerful one... "Wanita yang bijak adalah wanita yang sering mencari ilmu, bertanya jika tidak pasti seperti wanita Muslim awal terdahulu. Mereka berani bertanya supaya mereka faham mengenai agama dengan lebih lagi, bukan hanya ‘mengikut’ apa yang telah dilakukan orang lain"... --as it really gave me an opportunity to learnt a lesson or two in my relationship with someone recently.
Quote
 
 
0 # masih mencari, cube utk sempurnasha jonet 2012-07-01 14:17
salaam sis,
Alhamdulillah, terpanggil utk mencari blog sis ni n attracted to read dis article as my first.
To b true dis is my first time reading ur blog. I am still searching...deep inside i wanna b a good muslimah just like de three of them n u urself.
I just unsure where to start, :-)
Quote
 
 
0 # All The Best Kak Dina!MOHD SHAH RIZAL BIN SAMSUDIN 2012-07-04 23:12
Masya-Allah,

Tulisan yang hebat Kak Dina, moga Allah menuntun kita istiqomah dalam hidayahnya.

Tidak dinafikan, peranan muslimah dalam mendidik ramai orang-orang hebat. Malah saya sendiri, tidak pernah lupa akan guru pertama yang mengajar saya ABC, 123 ialah seorang wanita. Sekarang saya sudah berkerjaya Jurutera dan mungkin guru saya itu pencen hanya sebagai seorang guru sekolah rendah, namun dialah guru yang saya paling kenang.

:-) Syukran. Jazakumullahukh air.

Shah Rizal
IKRAM Manjung, Perak.
http://msrizal.blogspot.com/
Quote
 
 
-1 # AlhamdulillahHairawanti Sekin 2012-07-14 19:21
Assalamualaikum Wardina,
Alhamdulillah terima kasih di atas perkongsian ilmu Dina yg sangat memberi kesan di hati saya. InsyaAllah segala yang baik ini akan saya cedok dan praktikan dalam kehidupan seharian. Wanita mmg harus bijak beilmu dan beramal, serta penuh dgn kesabaran. InsyaAllah sy juga sedang mempersiapkan diri untuk menjadi seorang Muslimah yang lebih baik lagi. Wassalam..:)
Quote
 
 
-2 # Thanks Atas Tulisan IniHartini Mhd Yasin 2012-11-28 19:05
...dan sama-samalah kita semua berusaha agar menjadi muslimah hebat yang solehah...
Quote
 
 
0 # Terima kasihAnis Salwati Binti Hj Hamidun 2012-11-29 00:59
Terima kasih Kak Wardina! Saya suka artikel nie... Boleh tak Kak Wardina menulis tentang Surirumah pula... Sekadar memberi cadangan :-)
Quote
 
 
+2 # inspirasilinda 2012-11-29 01:41
Slm wardina,

saya tidak sempurna, seperti juga anda.. tapi semangat dina dlm mencari ilmu buat saya terkesan! tidak mudah tapi dina tak patah semangat langsung.. Dina inspirasi saya!
Quote
 
 
-2 # RE: Wanita Muslimah itu Siapa?Fadzillah 2013-03-31 19:49
Assalamualaikum ,

Sis Wardina, this article inspires me a lot. In fact, you are one of a real life person who inspires me. You show us how being a Muslimah is amazing, and motherhood is awesome. Looking forward for your writings.
Quote
 
 
-2 # syukran jazilanfatma 2013-04-07 13:36
:-) trima kasih kak dina. Subhanallah saya sangat kagum dengn akak. dan dulu saya prnh meminati kak dina sehingga sekrg terutama betapa petahnya kak dina berbicara. semoga artikel seperti ini memberikan pencerahan yang berpanjagn kepada semuadalam mencari redha dan cinta Allah
Quote
 
 
+1 # RE: Wanita Muslimah itu Siapa?siti 2014-04-15 23:20
sm2 la kita menjadi wanita yang diredhai oleh Allah. aminnn

http://sitirasyidahrazali.blogspot.com/
Quote
 
 
+1 # RE: Wanita Muslimah itu Siapa?Siti 2014-05-24 21:32
Assalamualaikum sis,

Saya ada terbaca tentang pengalaman sis menghadapi kemurungan selepas bersalin...untuk pengetahuan sis , saya juga pernah melaluinya...saya merasa seperti orang gila Dan hidup saya telah musnah...namun atas pertolongan Allah jua saya sembuh kembali...saya merasakan seolah-olah saya mati hidup semula...namun soalnya saya sekarang ini teramat2 takut untuk mengandung lagi sedangkan saya teramat2 inginkan zuriat lagi...Bolehkah sis kongsikan apakah caranya yang sis lakukan untuk mengelakkan perkara Itu daripada berulang? Saya benar2 inginkan zuriat lagi ttapi saya masih trauma...saya tunggu jwpn sis ya :)

Jazakallahukhai r...
Quote
 
 
+1 # http://tanjungherbal.com/shampo-noni-bsy/shampo noni bsy 2014-07-01 15:18
artikel yang sangat bagus, yang terkadang kita itu mengambil langkah yang salah..
semoga kita bisa menjadi yang lebih baik lagi aminn ;)
terimakasih :D
Quote
 
 
+1 # wanita muslimah sejatiNur Dini Batrisyia bt Johari 2014-07-11 21:20
syukran, for sharing...insyaallah kita sama2 contohi tokoh2 islam dahulu semoga kita dapat menjadi wanita syurga dan bidadari dunia.
Amin...
Quote
 
 
+1 # lururecehan.blogspot.comKumpulan Resep Masakan Lezat d 2014-07-16 12:13
subhanallah, semoga wanita muslimah di indoensia tetap menjaga kemuslimahannya ..
Quote
 
 
+1 # Profile PerusahaanProfile Perusahaan 2014-09-02 10:54
GoodPost
Quote
 
 
0 # RE: Wanita Muslimah itu Siapa?Wawa Aznan 2014-10-31 07:58
Terima kasih atas perkongsian yang berguna ini... Semua wanita mengimpikan untuk menjadi wanita solehah; baik sebagai anak, sebagai isteri maupun sebagai ibu solehah... mudah2an kita bukan hanya mengimpikannya sahaja tetapi bersama berusaha ke arah itu... InsyaAllah kita sama2 hijrahkan diri kita untuk menjadi barisan wanita solehah... Aamin!!
Quote
 
  • 25
    Dec

    Workshop Twins of Faith
    SISTERS ONLY
    . "Struggling to become a better Muslimah Everyday"

  • 12
    Nov

    Kem Sinergi Keluarga Bahagia bersama Ustaz Hasrizal & Tuan Fazrul

  • 14
    Nov

    Emcee @ PNB

  • 17
    Nov

    Kempen Membaca

Wardina VLog

Saksikan video-video terkini Wardina

Video-video Wardina membicarakan isu-isu mengenai perkembangan diri, anak-anak, keluarga dan lain-lain lagi.

Tonton Video