Beduk Diketuk oleh Pahrol Mohd Juoi

Seorang penulis dan figura kegemaran saya. "Ketukan Beduk Mampu Membangunkan Dirimu dan Menyeru Orang Lain". Itulah tema yang tertera di kulit muka hadapan. "Kisah-kisah yang diberi nafas Islam yang mencuit perasaan, mengocak fikiran dan menyalakan api perubahan." Buku yang cukup santai, kisah penuh tauladan. Setiap tajuk tidak panjang berjela bermuka-muka. Mudah untuk difahami dan dibaca.

Sebagai pembaca pasti ada kisah yang terkena di batang hidung sendiri, ada kisah yang membuatkan kita tersenyum simpul, mungkin dan kadangkala 'terasa' seketika. Buku ini membuatkan kita terfikir dan teruja. Mungkin ada tamparan kepada diri dalam kisah-kisah kecil dan 'remeh' yang dipaparkan dalam buku ini. Namun saya yakin itulah juga sebenarnya niat penulis kerana memetik kata-kata penulis, "Kelihatannya sahaja kecil dan terpinggir namun itu hanya umpama 'tip of the iceberg' sahaja kepada persoalan dan permasalahan yang lebih besar di kalangan masyarakat".

Beduk 6, di mana penulis membicarakan isu songkok dan kopiah dan memberi kita kesedaran bahawa kadangkala ada saja kita mencari sebab untuk bertelagah curiga dan prasangka. Ilustrasi yang menarik khas buat mereka yang tidak gemar membaca tanpa apa-apa visual.

"Padahal yang lebih penting ialah dahi yang sujud kepada Ilahi. Bukankah Allah, Tuhan kita yang satu?"- Pahrol Mohd Juoi - Beduk Diketuk.

Maka marilah kita bunyikan beduk itu!

 

AddThis Social Bookmark Button
 
  • 25
    Dec

    Workshop Twins of Faith
    SISTERS ONLY
    . "Struggling to become a better Muslimah Everyday"

  • 12
    Nov

    Kem Sinergi Keluarga Bahagia bersama Ustaz Hasrizal & Tuan Fazrul

  • 14
    Nov

    Emcee @ PNB

  • 17
    Nov

    Kempen Membaca

Galeri Foto

Galeri Foto Wardina

Kompilasi gambar peribadi yang lama dan baru

Galeri Foto
Penulisan Wardina

Dari Hati Wardina

Hasil nukilan Wardina berkenaan dengan keibubapaan, wanita, remaja,kanak-kanak dan lain-lain lagi.

Nukilan Wardina