Twins of Faith 24-25 Disember 2011

An event unlike any other!

Layari http://my.twinsoffaith.com/ untuk maklumat lanjut!

Acara penutup bagi tahun 2011 yang wajar dihadiri oleh SEMUA! Dibawa khas oleh Mercy Mission, dengan tema "Inspiring Positive Change" "Memberi Inspirasi Melakukan Perubahan Positif". MasyaAllah. Cukup bermakna tema ini. InsyaAllah saya yakin bagi mereka yang bercita-cita atau pernah terlintas di fikiran untuk merubah atau memperbaiki diri, atau yang sudah berubah tetapi mahu terinspirasi untuk terus istiqamah, maka anda tidak mahu lepaskan peluang menghadiri Twins of Faith! Peluang untuk berjumpa dengan ramai kenalan baru, mengubah persepsi dan seterusnya pulang dengan ilmu yang sudah semestinya akan meninggalkan kesan yang mendalam pada diri dan pemikiran anda.

Saya menggalakkan anda sekeluarga juga rakan-rakan anda untuk bersama pada persidangan antarabangsa yang julung-julung kalinya diadakan di Malaysia. Siapa yang patut hadir? Sesiapa sahaja! Saya merasakan sudah tiba masanya kita mengubah persepsi dan pemikiran kita mengenai Islam itu sendiri. Memahami bahawa Islam bukan hanya milik orang Melayu dan melihat Islam dari kacamata dan perspektif yang lebih luas. Ini juga bukanlah acara ilmu yang mendiskriminasi. Biasanya persidangan atau forum mengenai Islam dihadiri oleh mereka yang "Islamik". Namun festival TOF ini berbeza kerana membuka pintu untuk semua lapisan masyarakat sama ada Muslim atau tidak, berhijab atau tidak, dan dalam erti kata lain 'alim' atau tidak. Anak-anak muda hip hop, mereka yang urban mahupun tidak, yang trendy atau tidak, yang bergaya, yang berjaya, remaja dan dewasa, para pelajar, para Da'ie, guru, wanita, ibu bapa dan kanak-kanak. Semua patut hadir kerana terlalu banyak aktiviti telahpun disediakan. Sebagai contoh buat para ibu, usah risau, satu bilik khas buat para ibu atau 'Mothers Room' disediakan dengan pelbagai aktiviti menarik di dalamnya. Sambil mendengar ceramah yang dibentangkan anak-anak boleh berlari di sana sini tanpa gangguan orang lain. Biasanya berat nak ke majlis ilmu jika kita mempunyai anak kecil. Takut-takut mengganggu orang lain. Masalah anda diselesaikan! http://my.twinsoffaith.com/mothers-room/ (kan bagus kalau masjid-masjid pun mesra begini. Ini kadangkala dicebik-cebik, malah ada yang menghalau kita yang ada anak-anak kecil, sekadar peringatan buat orang Islam - kalau di gereja tak ada yang buat begitu).

Mengapa perlu hadir? Panelis yang membuatkan saya cukup teruja. Ianya umpama 'buffet' penceramah yang cukup hebat dihidangkan di hadapan kita. Bak buffet makanan di hotel lima bintang. Tersusun nama-nama gah, yang cukup disegani dan dihormati! Panelis antarabangsa dan panelis dari Malaysia, cukup terkenal dan handal. Klik di sini untuk profil mereka:-

http://my.twinsoffaith.com/speaker/

Anda belum kenal atau mendengar mereka sebelum ini? Maka hadirlah untuk mendengar secara langsung buah fikiran dan ilmu yang akan dikongsikan mereka. Antara kegemaran saya adalah Sheikh Yahya Ibrahim yang pernah hadir ke Malaysia sebelum ini. MasyaAllah kursus mengenai "Personality of a Muslim" yang pernah dihadiri oleh saya masih berbekas di jiwa sehingga kini! Caranya yang penuh hikmah dan amat santai serta tutur bicaranya yang jujur, memberi saya satu perspektif yang baru mengenai Da'wah dan Islam. Saya boleh memberi jaminan, bahawa mereka ini akan menyentuh perasaan dan minda kita. Abdurraheem Green seorang pendakwah yang memeluk Islam 20 tahun lalu berkongsi pengalaman dan ilmunya. Saudara Green bersekolah di sekolah Kristian dan setelah mencari makna hidup bertemu dengan cahaya keindahan Islam. Dr Maszlee Malik juga antara yang menjadi kegemaran saya. Dr Bilal Phillips, Syeikh Husein Yee dan ramai lagi!

Harga tiket yang amat berpatutan dan pada hemah saya terlalu murah jika mahu dibandingkan dengan ilmu yang bakal diperolehi. Biasanya tiket persidangan dua hari antarabangsa mencecah ribuan ringgit. MasyaAllah. Apa lagi alasan untuk tidak pergi?

Tidak cukup dengan itu, pameran, jualan, aktiviti buat adik-adik, persembahan dan antara yang saya jangka bakal mendapat perhatian adalah 'Marriage Corner' atau 'Sudut mencari Jodoh'! Alhamdulillah...mungkin sudah terlalu lama sendiri, dan mahu mencari bakal suami dan isteri soleh dan solehah? http://mytwinsoffaith.com/marriage-corner/ . Satu workshop atau bengkel bakal dikendalikan oleh Sheikh Alaa ElSayed untuk berkongsi resepi kehidupan bahagia dan tips dalam mencari pasangan!

MasyaAllah...SEE YOU THERE. NO, DON'T MISS THIS!

AddThis Social Bookmark Button
 
  • 25
    Dec

    Workshop Twins of Faith
    SISTERS ONLY
    . "Struggling to become a better Muslimah Everyday"

  • 12
    Nov

    Kem Sinergi Keluarga Bahagia bersama Ustaz Hasrizal & Tuan Fazrul

  • 14
    Nov

    Emcee @ PNB

  • 17
    Nov

    Kempen Membaca

Galeri Foto

Galeri Foto Wardina

Kompilasi gambar peribadi yang lama dan baru

Galeri Foto
Penulisan Wardina

Dari Hati Wardina

Hasil nukilan Wardina berkenaan dengan keibubapaan, wanita, remaja,kanak-kanak dan lain-lain lagi.

Nukilan Wardina